Jumaat, 13 Jamadilakhir 1441H: Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي
الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ
مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ
قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ
حَتَّى يُمْسِيَ
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca:
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat
memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui)” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan
ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh.
Dan
barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia
tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang
(malam).”
[Riwayat Abu Daud (5088)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh hadith ini adalah hasan]
No comments:
Post a Comment