Wednesday, July 8, 2020

Kadar Panjang Bacaan Imam Dalam Solat Fardhu

Rabu, 17 Zulkaedah 1441H: Diriwayatkan oleh Sulaiman Bin Yasar daripada Abu Hurairah. Kata Abu Hurairah :
 
مَا صَلَّيْتُ وَرَاءَ أَحَدٍ بَعْدَ رَسُولِ اللهِ صَلى الله عَليه وسَلم أَشْبَهَ صَلاَةً بِرَسُولِ اللهِ صَلى الله عَليه وسَلم مِنْ فُلاَنٍ قَالَ سُلَيْمَانُ كَانَ يُطِيلُ الرَّكْعَتَيْنِ الأُولَيَيْنِ مِنَ الظُّهْرِ وَيُخَفِّفُ الأُخْرَيَيْنِ وَيُخَفِّفُ الْعَصْرَ وَيَقْرَأُ فِي الْمَغْرِبِ بِقِصَارِ الْمُفَصَّلِ وَيَقْرَأُ فِي الْعِشَاءِ بِوَسَطِ الْمُفَصَّلِ وَيَقْرَأُ فِي الصُّبْحِ بِطِوَالِ الْمُفَصَّلِ
 
Maksudnya :”Aku tidak solat di belakang seorang selepas (kewafatan) Rasulullah SAW melainkan ada lelaki yang solatnya sama seperti solat Rasulullah SAW. 
 
Kata Sulaiman Bin Yasar : Rasulullah pernah memanjangkan dua rakaat yang awal pada solat Zohor dan memendekkan dua rakaat yang terakhir. Baginda meringkaskan solat Asar. Baginda juga membaca surah yang pendek daripada Al-Mufassal di dalam solat Maghrib.Di dalam solat Isyak Baginda membaca Al-Mufassal yang pertengahan dan membaca Al-Mufassal yang panjang di dalam solat Subuh.”
 
Riwayat Al-Nasaie (1054) di dalam Al-Sunan Al-Kubra
 
*SURAH AL-MUFASSAL adalah surah-surah pendek. Surah pendek adalah surah yang jumlah ayatnya sangat sedikit. Contohnya adalah Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Ashr, An-Nas dan masih banyak lagi lainnya.
 
 No photo description available.

No comments: