Wednesday, July 22, 2020

Larangan Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Melakukan Ibadat Korban

Rabu, 1 Zulhijjah 1441H: Daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
 
مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ
 
Maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban."
 
Hadis riwayat Imam Muslim (1977)

Image may contain: 1 person

No comments: