Wednesday, December 2, 2020

Zikir Kepada Allah Sebaik-Baik Amalan

Rabu, 17 Rabiulakhir 1442H; Daripada Abu al-Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 
أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ، قَالَ مَكِّيٌّ: وَأَزْكَاهَا، عِنْدَ مَلِيكِكُمْ، وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِعْطَاءِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ، فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ " قَالُوا: وَذَلِكَ مَا هُوَ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: ذِكْرُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
 
Maksudnya: “Tidakkah kamu ingin aku tunjukkan kepada kamu akan sebaik-baik amalan? 
 
Kata Makki: "Ia adalah sebaik-baik penyucian di sisi Tuhan kamu dan yang mengangkat darjat kamu dengan begitu tinggi. Dan ia lebih baik daripada kamu memberikan emas dan duit. Ia juga jauh lebih baik daripada kamu apabila berhadapan dengan musuh kamu dengan kamu memancung leher-leher mereka dan mereka memancung lehermu."

 Para sahabat berkata: "Apakah perkara itu (kami ingin mengetahuinya) wahai Rasulullah! "
 
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Zikir kepada Allah Azza Wa Jalla.”
 
[Riwayat Ahmad (27102)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah sahih]
 Image may contain: ‎text that says "‎Hukum berzikir dalam hati للفتاوى الكافي 631 al-Fatwa Firman Allah S.W.T: "Dan ingatlah Tuhan kamu dalam diri kamu secara rendah dan penuh takut. 205)) Berzikir di dalam hati juga merupakan suatu perkara yang dituntut. Apabila mengingati Allah S.W.T di dalam hati, maka hadir perasaan takut dan rendah diri kepada Allah S.W.T. Kesimpulannya: "Berzikir di dalam hati merujuk kepada mengingati Allah S.W.T serta merasai kebesaran dan kekuasaan-Nya. la merupakan sunnah yang dituntut di sisi syarak dan diberikan ganjaran pahala yang besar kepada para pelakunya. #1720| HUKUM BERZIKIR DALAM HATI pejabatmuftiwp pejabatmuftiwp www.muftiwp.gov.my Mufti‎"‎