Tuesday, December 15, 2020

Imam Melakukan Solat Zuhur @ Asar Tiga Rakaat

 

Selasa, 29 Rabiulakhir 1442H: Diriwayat Imam Muslim dan lain-lain riwayat, bahawa Rasulullah SAW solat fardu Zuhur, dalam satu riwayat solat fardu Asar, sebanyak 2 rakaat lalu Baginda SAW bangkit menuju ke pintu dengan wajahnya yang serius.

Lalu seorang sahabat yang dipanggil Dzul Yadain bertanya kepada Rasulullah SAW:
 
أَقُصِرَتِ الصَّلَاةُ أَمْ نَسِيتَ
 
Maksudnya: "Adakah solat telah dipendekkan (oleh Syarak) atau engkau telah lupa ?"
 
Jawab Rasulullah SAW: " Solat tidak dipendekkan dan aku tidak pula lupa. Baginda SAW lalu bertanya kepada para sahabat yang lain: Apakah benar yang dikatakan Dzul Yadain itu?."
 
Mereka membenarkannya. Lalu Baginda SAW bangkit dan menyempurnakan baki solat dua rakaat lagi beserta sujud sahwi.
 
Hadis riwayat Imam Muslim (573) dalam Sahihnya
 Image may contain: ‎text that says "‎للفتاوي الكافي 601 l Fatwa Imam melakukan solat Zuhur tiga rakaat ANTARA SYARAT SAH QUDWAH (MENGIKUT IMAM) •Makmum perlu mengikut (mutaba ah) perbuatan imam. SITUASI .Imam terlupa rukun dan terus duduk bertasyahhud akhir pada rakaat ketiga. SUBHANALLAH. SYEIKH MUHAMMAD AL-ZUHAILI: •Jika terlupa perbuatan solat (rukun), lalu meninggalkannya, atau mengubahnya, maka makmum sunat untuk bertasbih bagi memaklumkan imam. " Jika imam tidak bangun dan meneruskan Kesimpulannya: tasyahhud akhir, maka wajib bagi makmum untuk niat mufaraqah (berpisah daripada imam) dan menghabiskan solat secara sendirian.,, SOLAT ZUHUR RAKAAT pejabatmuftiwp pejabatmuftiwp www.muftiwp.gov.my utlayahPersekutuan‎"‎

No comments: