Thursday, May 27, 2021

Doa Tolak Bala

 

Khamis, 15 Syawal 2021H: Daripada seseorang yang mendengar Aban bin Uthman berkata; Aku mendengar Uthman -maksudnya Uthman bin Affan RA, beliau berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mengucapkan:

بِاسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
 
(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh.
 
Dan sesiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam)."
 
Perawi berkata: "Lalu Aban tertimpa penyakit lumpuh, hingga orang yang mendengar hadith daripadanya melihat kepadanya (Aban), maka Aban pun berkata, "Kenapa kamu melihat aku? Demi Allah, aku tidak berbohong atas nama Uthman, dan Uthman tidak berbohong atas nama Nabi SAW. Tetapi pada hari ketika aku tertimpa penyakit ini, aku sedang marah hingga aku lupa membacanya."
 
(Hadith riwayat Abu Dawud, no. 5088, at-Tirmizi, no. 3388, Ibn Majah, no. 3869, Ahmad, no. 497)
 May be an image of text

No comments: