Khamis, 23 Safar 1443H: Daripada Abdullah bin Hisyam Radiallahuanhu bahawa beliau berkata: Kami pernah bersama Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam, sementara baginda memegang tangan Umar bin Khatthab Radiallahuanhu, maka Umar berkata kepada baginda: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri."
Maka Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda: "Tidak, demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, hinggalah kamu lebih mencintai aku daripada dirimu sendiri."
Umar berkata kepada baginda: "Sesungguhnya sekarang engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri."
Nabi bersabda: "Saat ini wahai Umar (benarlah cinta kamu)".
(Riwayat al-Bukhari)





![May be an image of text that says "Daripada Ali RA berkata: Berkata Rasulullah SAW: Sesungguhnya di Syurga ada bilik-bilik, luarnya terlihat dari dalam & dalamnya terlihat dari luar. Seorang Badui menghampiri baginda, lalu bertanya: Itu untuk siapa, wahai Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Bagi yang baik ucapannya, memberi makan, sentiasa b rpuasa, solat malam untuk Allah saat orang lai n tidur. [HR. Tirmidzi No.2450] TUUT لنلز 翻 Kata #AAM: Marilah beramal dengan panduan hadis ini nampak mudah je nak dapat syurga. Semoga Allah jadikan kita semuanya dari kalangan ahlinya. Halaqah DR ABU ANASMADANI JAKARTA 10/7/2018 AHU SYURGA URGA YAYASAN PONDOK SUNGAI DURIAN 553029619714 BANKISLAM 03072010136461"](https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/p843x403/241485803_4224250711005527_2298096119019188217_n.jpg?_nc_cat=108&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=KGYaPMBemFsAX8anFtI&_nc_ht=scontent.fkul14-1.fna&oh=b1289e87531f23cfc06f8ce8a2d66d0f&oe=61724577)












