Tuesday, September 21, 2021

Diampun Dosa Sebanyak Buih di Lautan

 

Selasa, 14 Safar 1443H: Daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Abu Zar al-Ghifari bertanya: “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya mendapat pahala yang banyak. Mereka solat seperti mana kami solat, mereka berpuasa seperti mana kami berpuasa. Mereka mempunyai harta yang lebih yang mereka boleh bersedekah dengannya sedangkan kami tidak mempunyai harta untuk kami bersedekah dengannya.”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Abu Zar, mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat yang boleh menyamakan darjatmu dengan orang-orang yang sudah mendahuluimu dan orang-orang yang datang sesudah kamu tidak akan dapat menyamaimu kecuali sesiapa yang beramal seperti amalan engkau?”
 
Abu Zar berkata: “Tentu ya Rasulullah.” Baginda bersabda: “Hendaklah kamu bertakbir (Allahu Akbar) setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali, bertasbih (Subhanallah) 33 kali dan kamu mengkhatamkannya dengan “laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah lahul mulku wa lahul hamduwa huwa ‘ala kulli syai’in qodir” maka dosamu akan diampunkan walaupun sebanyak buih di lautan.” 
 
(Riwayat Abu Dawud)
 May be an image of text that says "CARA MENGHITUNG ZIKIR DENGAN RUAS JARI Kaedah Mengira Tasbih dengan Jari Tangan...sat pusingan tepat 33 kali 26 20 28 Abdullah bin 'Amr berkata: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan melipatkan jari-jari menggunakan tangan kanannya." (Diriwayatkan oleh Abu Dawud (1/235) dan At-Tirmidzi (4/255), ia menghasankannya.) www.dartaibah.com SELAMAT BERAMAL~~ ~~ ۸^ Remy2015 facebook.com/AbuAnasMadani, abuanasmadani.blogspot.com"

No comments: