Friday, September 24, 2021

Kelebihan Hari Jumaat

 

Jumaat, 17 Safar 1443H: Daripada Abi Lubabah bin Abd al-Munzir, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ سَيِّدُ الْأَيَّامِ، وَأَعْظَمُهَا عِنْدَ اللَّهِ، وَهُوَ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ يَوْمِ الْأَضْحَى وَيَوْمِ الْفِطْرِ، فِيهِ خَمْسُ خِلَالٍ، خَلَقَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ، وَأَهْبَطَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ إِلَى الْأَرْضِ، وَفِيهِ تَوَفَّى اللَّهُ آدَمَ، وَفِيهِ سَاعَةٌ لَا يَسْأَلُ اللَّهَ فِيهَا الْعَبْدُ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ، مَا لَمْ يَسْأَلْ حَرَامًا، وَفِيهِ تَقُومُ السَّاعَةُ، مَا مِنْ مَلَكٍ مُقَرَّبٍ، وَلَا سَمَاءٍ، وَلَا أَرْضٍ، وَلَا رِيَاحٍ، وَلَا جِبَالٍ، وَلَا بَحْرٍ، إِلَّا وَهُنَّ يُشْفِقْنَ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ
 
Maksudnya: “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu kepada segala hari dan seagung-agung hari di sisi Allah yang mana keagungannya itu di sisi Allah lebih agung berbanding hari raya Aidiladha dan juga Aidilfitri. Ini kerana, pada hari tersebut terdapat lima perkara besar iaitu: Padanya diciptakan, diturunkan ke bumi dan diwafatkan Nabi Adam. 
 
Padanya juga terdapat satu masa apabila seseorang itu meminta sesuatu kepada Allah pasti akan diberikan kepadanya selagi mana dia tidak meminta sesuatu yang haram. 
 
Padanya juga akan berlakunya Kiamat dan pada hari itu juga (hari Jumaat) tidak ada malaikat yang dekat dengan Allah, di langit, bumi, angin, gunung dan laut melainkan takut dengan keagungan hari Jumaat.”
 
[Riwayat Ibn Majah (1084)][Riwayat Ahmad (15548)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai sanad hadith ini adalah dhaif disebabkan Abdullah bin Muhammad bin Uqail atau Ibn Abi Thalib al-Qurasyi. Ibn Hajar mengatakan beliau seorang buruk hafalannya tetapi riwayatnya boleh dijadikan sokongan. Adapun perawi yang lain adalah thiqah]
 May be an image of ‎one or more people and ‎text that says "‎Melebihkan Ibadah Hari Jumaat Rasulullah SAW menyifatkan hari jumaat sebagai hari yang paling baik dalam seminggu. Dengan itu sebahagian ulama memberikan fokus untuk lebih beribadah pada hari Jumaat. Kata al-Imam Ibn al-Qayyim: للعبادة فيه يُتفرغ أنْ يُستحب الذي اليوم إنه " Hari Jumaat adalah hari yang diharuskan buat kita untuk menyendiri dalam memfokuskan masa untuk beribadah. (lbn al-Qayyim Zad al-Ma'd) DR. AHMAD SANUSI AZMI MAJLIS ULAMA ISMA DR AHMAD SANUSI DR AHMAD SANUSI isma DR AHMAD SANUSI‎"‎‎

No comments: