Khamis, 18 Rejab 1447H | Uban Adalah Cahaya Pada Hari Kiamat
عَنْ عَمْرِو بْنِ عَبَسَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Daripada Amru bin Abasah bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa tumbuh satu uban di jalan Allah, maka uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat." (HR Tirmidzi No: 1559) Status: Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Uban yang tumbuh pada seorang Muslim akan menjadi cahaya di hari kiamat.
2. Uban akan menjadi cahaya, sehingga pemiliknya menjadikannya sebagai penunjuk jalan sehingga Allah SWT memasukkannya ke dalam syurga. Uban, muncul bersebab, seperti jihad (melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh) atau takut kepada Allah SWT. Oleh kerana itu, dimakruhkan mencabut uban yang ada. (Faidhul Qadir karya Al-Munawi, 6/202).
3. Uban umumnya muncul pada seseorang pada usia tua. Uban menjadi peringatan bahawa ia sudah berada di penghujung kehidupan.
4. Dengan munculnya uban, maka orang yang berakal akan semakin insaf bahawa usianya semakin singkat dan bersemangat untuk melaksanakan hak Allah dan hak sesama makhluk dengan amal kebajikan yang banyak.
5. Al-Quran memberikan peringatan:
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ ۖ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ نَصِير
Maksudnya: Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun (Surah Fathir ayat: 37)
Ibnu Katsir membawa pandangan Ibnu Abbas dan Ikrimah menjelaskan bahawa maksud pemberi peringatan dalam ayat di atas adalah uban. (Tafsir Ibnu Katsir 6/542)
Semoga uban dirambut kita akan menjadikan peringatan, pendorong serta cahaya untuk melakukan amal soleh.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Thursday, January 8, 2026
Wednesday, January 7, 2026
Pelihara Hak Jalan
Rabu, 17 Rejab 1447H | Pelihara Hak Jalan
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ عَلَى الطُّرُقَاتِ فَقَالُوا مَا لَنَا بُدٌّ إِنَّمَا هِيَ مَجَالِسُنَا نَتَحَدَّثُ فِيهَا قَالَ فَإِذَا أَبَيْتُمْ إِلَّا الْمَجَالِسَ فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهَا قَالُوا وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ قَالَ غَضُّ الْبَصَرِ وَكَفُّ الْأَذَى وَرَدُّ السَّلَامِ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ
Daripada Abu Sa'id Al Khudriy RA dari Nabi SAW bersabda: "Janganlah kamu duduk duduk di tepi jalan". Mereka bertanya: "Itu kebiasaan kami yang sudah biasa kami lakukan kerana itu menjadi tempat kami bersembang". Baginda bersabda: "Jika kamu tidak mahu meninggalkan kebiasaan seperti itu maka tunaikanlah hak jalan tersebut". Mereka bertanya: "Apa hak jalan itu?" Baginda menjawab: "Menundukkan pandangan, tidak menganggu (orang lain), menjawab salam dan laksanakan amar makruf dan nahi munkar". (HR Bukhari No: 5790) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW melarang sengaja duduk atau lepak di tepi jalan yang menjadi laluan orang ramai.
2. Imam Nawawi menjelaskan dalam Syarh Sahih Muslim, duduk atau lepak di tepi jalan boleh menyebabkan jalan sempit atau menyukarkan orang lain untuk melaluinya.
3. Larangan di atas mencakupi semua bentuk gangguan yang ditimbulkan kepada pengguna jalan raya. Antaranya tindakan menggunakan lorong kecemasan tanpa keperluan juga merupakan salah satu perbuatan yang menggangu jalan. Lebih-lebih lagi, ia menghalang laluan yang dikhususkan kepada orang yang berada dalam keadaan kecemasan, yang pasti akan memudaratkan orang tersebut jika tidak dapat menggunakannya.
4. Jika terpaksa berada di tepi jalan untuk urusan tertentu, kita perlu menjaga adab dan hak jalan iaitu:
a. Menundukkan pandangan (Menjaga pandangan daripada memandang perkara haram atau aurat orang lain)
b. Tidak mengganggu (tidak menyakiti orang yang lalu atau menghalang laluan, memelihara diri dari perbuatan menghina, mengata, bercakap kasar, tidak membuang sampah dan lain-lain)
c. Menjawab salam (memulia dan menghormati orang lain dengan menyebarkan salam dan menghidupkan ukhuwah)
d. Laksanakan amar makruf dan nahi munkar (menyuruh kepada kebaikan dan akhlak mulia juga mencegah kemungkaran serta perbuatan buruk).
5. Hadis ini mengajar bahawa setiap Muslim bertanggungjawab menjaga suasana aman dan berakhlak di ruang awam, sama ada secara fizikal atau maya.

Tuesday, January 6, 2026
Ziarah Kubur
Selasa, 16 Rejab 1447H | Ziarah Kubur
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ، أَلَا فَزُورُوهَا، فَإِنَّهَا تُرِقُّ الْقَلْبَ، وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ، وَتُذَكِّرُ الْآخِرَةَ، وَلَا تَقُولُوا هُجْرًا
Daripada Anas bin Malik Rasulullah SAW bersabda: "Aku dahulu telah melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang hendaklah kamu menziarahinya. Sesungguhnya ia melembutkan hati, mengalirkan air mata, dan mengingatkan tentang akhirat. Dan janganlah kamu berkata sesuatu yang buruk (yang batil dan tidak benar).” (HR Ahmad No: 13487) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ziarah kubur adalah sunnah yang digalakkan bagi lelaki dan wanita, dengan syarat menjaga adab-adabnya.
2. Ziarah kubur boleh melembutkan hati dan menyedarkan kita tentang hakikat kematian serta mendorong kepada taubat dan membanyakkan amal soleh.
3. Menziarahi kubur dengan niat yang betul boleh menghidupkan rasa takut kepada Allah sehingga menitiskan air mata dan membangkitkan rasa insaf untuk mempersiapkan diri menghadapi akhirat.
4. Dilarang mengucapkan perkara sia-sia atau batil ketika ziarah kubur seperti meratap, mencela takdir, atau memohon kepada si mati.
5. Ziarah kubur sepatutnya disertai dengan doa, bacaan al-Quran dan istighfar, bukan amalan khurafat atau bidaah.
6. Al-Imam al-Ghazali dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din menyarankan agar ziarah kubur dilakukan secara berkala, kerana akan menyuburkan rasa takut kepada Allah dan mengingatkan hakikat dunia.

Monday, January 5, 2026
Berdiri Menghormati Jenazah
Isnin, 15 Rejab 1447H | Berdiri Menghormati Jenazah
عَنْ عَامِرِ بْنِ رَبِيعَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ إِذَا رَأَيْتُمُ الجَنَازَةَ، فَقُومُوا حتَّى تُخَلِّفَكُمْ أَوْ تُوضَعَ
Daripada Amir bin Rabiah, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah untuknya sehingga ia melepasi kamu atau sehingga jenazah itu diletakkan (di tempatnya)."(HR Muslim No: 958) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW mengajar adab terhadap jenazah, iaitu berdiri sebagai melahirkan rasa simpati, hormat dan kesedaran tentang kematian apabila melihat jenazah dibawa.
2. Dalam Mazhab Syafi‘i dan Hanbali menyatakan sunat berdiri apabila melihat jenazah lalu walaupun bukan jenazah Muslim.
3. Islam memuliakan manusia walaupun selepas kematian. Ada riwayat yang menyebut bahawa Nabi SAW berdiri ketika melihat jenazah orang Yahudi, lalu baginda berkata: "Bukankah dia juga manusia?"
4. Kematian itu pasti akan dilalui oleh setiap insan yang bernyawa. Melihat jenazah sepatutnya menyedarkan kita tentang kehidupan sementara di dunia ini dan keperluan memperbaiki diri.
5. Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan termasuk tindakan kecil dengan berdiri apabila jenazah melintas di hadapan mengajar kita hormat tanpa mengira pangkat, darjat, atau status si mati serta dapat memupuk rasa rendah diri dan taqwa disamping mencerminkan penghayatan nilai Islam yang tinggi.

Sunday, January 4, 2026
Ziarahi Pesakit Seumpama Berada Di taman Syurga
Ahad, 14 Rejab 1447H | Ziarahi Pesakit Seumpama Berada Di taman Syurga
عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ الرَّحَبِيِّ عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا خُرْفَةُ الْجَنَّةِ قَالَ جَنَاهَا
Daripada Abu Asma' Ar Rahabi dari Tsauban maula (hamba yang dimerdekakan) Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW baginda bersabda: "Apabila seorang muslim mengunjungi saudaranya yang sedang sakit, maka orang itu sentiasa berada dalam sebuah taman syurga. Baginda ditanya; Bagaimana taman syurga itu? Baginda menjawab: 'Taman yang penuh dengan buah-buahan yang dapat dipetiknya.' (HR Muslim No: 4660) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menziarahi orang sakit adalah ibadah yang besar ganjarannya. Amalan ini merupakan sunat muakkad (amat digalakkan).
2. Menziarahi orang sakit adalah salah satu daripada tanggung jawab kita bagi menyempurnakan hak saudara Muslim yang lain.
3. Orang yang menziarahi orang sakit seolah-olah ia berada dalam sebuah dari taman di syurga.
4. Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebut dalam Fath al-Bari bahawa hadis ini menunjukkan orang yang menziarahi orang sakit berada dalam kedudukan hampir kepada rahmat syurga, dan pahala itu berterusan selama dia berada bersama pesakit.
5. Ziarah orang sakit bukan hanya untuk pahala, tetapi juga untuk memberi sokongan moral, doa, dan mengingatkan tentang rahmat Allah serta kesabaran.
6. Apabila menziarahi orang sakit, doakanlah pesakit. Rasulullah SAW mengajar doa ketika menziarahi orang sakit:
أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
Maksudnya: Hilangkanlah penyakitnya wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah wahai zat Yang Maha Menyembuhkan, tidak ada yang dapat menyembuhkan melainkan kesembuhan dari-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak membawa rasa sakit. (HR Bukhari No: 5243) Status Hadis Sahih.
Tunaikanlah tanggungjawab kita untuk menziarahi sahabat yang sakit dan doakan kesembuhan kepadanya.

Saturday, January 3, 2026
Fakir dan Miskin Sebenar
Sabtu, 13 Rejab 1447H | Fakir dan Miskin Sebenar
عن أبي ذر رضي الله عنه قَالَ لِي رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا أَبَا ذَرّ أَتَرَى كَثْرَة الْمَال هُوَ الْغِنَى قُلْت : نَعَمْ . قَالَ : وَتَرَى قِلَّة الْمَال هُوَ الْفَقْر قُلْت : نَعَمْ يَا رَسُول اللَّه . قَالَ : إِنَّمَا الْغِنَى غِنَى الْقَلْب وَالْفَقْر فَقْر الْقَلْب
Daripada Abi Dzar RA: “Rasulullah SAW berkata padaku, “Wahai Abu Dzar, apakah engkau memandang bahawa banyaknya harta itulah yang disebut kaya?” “ya,” jawab Abu Dzar. Baginda bertanya lagi, “Apakah engkau memandang bahawa sedikitnya harta itu bererti fakir?” “ya,” Abu Dzar menjawab dengan jawapan serupa. Lantas baginda pun bersabda, “Sesungguhnya kaya sebenar adalah kaya hati (hati yang selalu merasa cukup). Sedangkan fakir sebenar adalah fakirnya hati (hati yang selalu merasa tidak puas).” (HR. Ibnu Hibban No 685. Syaikh Syu’aib Al Arnauth berkata bahawa sanad hadis ini sahih sesuai syarat Muslim)
Pengajaran:
1. Banyaknya harta dan kemewahan dunia bukanlah jalan untuk meraih kebahagiaan sejati.
2. Kekayaan sejati adalah selalu merasa cukup dengan apa yang Allah beri, bersyukur dan tidak tamak walaupun sedikit. Itulah yang namanya qona’ah. Kekayaan sebenar bukanlah pada harta, tetapi pada hati yang merasa cukup dan bersyukur.
3. Kemiskinan sebenar ialah rasa tidak cukup, tamak, sentiasa merasa kekurangan, walaupun memiliki banyak harta. Kemiskinan jiwa menjadikan manusia tamak, cemburu, dan tidak tenang, walaupun memiliki kemewahan.
4. Ibnu Baththol menyatakan: “Hakikat kekayaan sebenarnya bukanlah dengan banyaknya harta. Kerana ramai orang yang diluaskan rezeki oleh Allah, namun ia tidak pernah merasa puas dengan apa yang diberi. Orang seperti ini selalu berusaha keras untuk menambah dan terus menambah harta, tanpa mengira dari manakah harta tersebut diperolehi. Orang inilah yang disebut fakir kerana usaha kerasnya untuk terus menerus memuaskan dirinya dengan harta.
5. Ibnu Hajar Al Asqolani menyatakan: “Orang yang kaya hati adalah orang yang selalu qona’ah (merasa puas) dengan rezeki yang Allah beri. Ia tidak tamak untuk menambahnya tanpa ada keperluan. Ia selalu reda dengan rezeki Allah. Orang inilah yang akan kaya selamanya.
6. Kaya bukan pada poket, tetapi pada hati. Fakir bukan kerana miskin harta, tetapi kerana rasa tidak cukup dan jauh daripada redha Allah.

Friday, January 2, 2026
Tekun dan Bersungguh-sungguh
Jumaat, 12 Rejab 1447H | Tekun dan Bersungguh-sungguh
عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إن اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jal menyukai apabila seseorang daripada kamu yang melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan tekun (sebaik-baiknya dan sempurna).” (HR Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath (897) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4929) Status: Hadis Sahih.
Pengajaran
1. Tekun bermaksud menyempurnakan atau melaksanakan tugas atau kerja dengan sebaik dan sesempurna mungkin, penuh teliti, cekap serta bersungguh-sungguh sebagaimana yang dikehendaki tanpa kurang sedikitpun.
2. Sifat tekun ini merupakan salah satu lambang atau tanda bahawa Islam sangat menitikberatkan kualiti, bukan sekadar kuantiti atau bentuk luaran.
3. Tekun adalah asas bagi menghasilkan prestasi dan mutu kerja yang berkualiti. Pekerja yang tekun akan sentiasa melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh penuh professional dan etika kerja yang tinggi pada setiap masa.
4. Kesungguhan dan kecemerlangan dalam kerja adalah ibadah. Apabila dilakukan dengan niat yang ikhlas, kerja harian boleh menjadi amal soleh yang diberkati.
5. Islam menolak sikap sambil lewa, malas, dan cuai. Sifat ini bukan sahaja mencerminkan kelemahan peribadi, tetapi juga merosakkan imej agama.
6. Ganjaran di sisi Allah bergantung kepada keikhlasan dan kesungguhan seseorang melakukan sesuatu pekerjaan yang diredhai Allah.
7. Allah SWT mengasihi orang yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan baik dan bersungguh-sungguh penuh kecemerlangan dan ketekunan dalam setiap pekerjaan tidak kira kecil ataupun besar.
8. Sempena tahun baru 2026 ini, marilah kita melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan tekun, penuh tanggungjawab, berintegriti dan cekap. Semoga menjadi insan terbaik dan cemerlang.

Thursday, January 1, 2026
Doa Mohon Keampunan dan Keselamatan
Khamis, 11 Rejab 1447H | Doa Mohon Keampunan dan Keselamatan
عن ابن عمر رضي الله عنهما قَالَ: لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يدع هؤلاء الكلمات إذا أصبح وَإذا أَمْسَى: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي
Daripada Ibn Umar RA berkata: Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa-doa ini pada waktu petang dan pagi: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) pada agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah! Tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di dalam hatiku. Ya Allah! Peliharalah aku dari hadapan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu daripada ancaman yang datang (dalam keadaan tidak sedar) dari bawahku.” (HR Abu Daud No: 5074) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim dituntut sentiasa berdoa memohon kepada Allah kerana ia adalah sebahagian daripada ibadah.
2. Keselamatan di dunia dan akhirat adalah nikmat terbesar yang sering dilupakan manusia. Doa ini mengingatkan agar kita sentiasa mensyukuri nikmat tersebut.
3. Antara doa seorang Muslim adalah memohon keampunan iaitu pelepasan daripada melakukan dosa dan memohon afiyah iaitu keselamatan di dunia dan akhirat.
4. Syarah Sunan Ibn Majah menjelaskan: memohon ‘afiyah adalah memohon keselamatan daripada sebarang kerosakan dan juga kesusahan. Menutup aib bermaksud menutup apa-apa yang memalukannya dan tidak disukai apabila ia dilihat oleh orang lain. Adapun, berilah ketenteraman di dalam hatiku bermaksud ketenangan hati daripada perasan takut, berbangga dan sebagainya. [Lihat: Syarah Sunan Ibn Majah, 1/276]
5. Menurut Imam al-Nawawi: makna ‘afiyah di dalam doa di atas, adalah satu lafaz umum yang mana terkandung di dalamnya menolak segala perkara yang tidak baik pada badan dan batin serta agama sama ada di dunia dan juga di akhirat. [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 46/12]
6. Syeikh al-Munawi menjelaskan: ‘afiyah bermaksud keselamatan (kesejahteraan) daripada penyakit-penyakit dan bala. Ia juga menghimpunkan di antara dua kesejahteraan iaitu di dunia dan agama. Selain itu, ‘afiyah akan menolak penyakit-penyakit dunia yang ada di hati dan juga yang berada di badan. [Lihat: Faidh al-Qadir, 107/4]
7. Doa ini memohon keselamatan dan kesejahteraan pada agama daripada segala bentuk fitnah, pada tubuh badan daripada segala penyakit sama ada penyakit hati atau sebagainya dan kepada ahli keluarga dan harta daripada segala bala dan musibah. Hal ini termasuklah perlindungan daripada pelbagai wabak penyakit.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنَ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي
Doa ini mengandungi permohonan keampunan juga keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua kesejahteraan yang berpanjangan serta melindungi kita daripada segala perkara yang tidak baik yang mungkin datang dari segala penjuru dan arah. Semoga kita selamat di dunia mahupun di hari akhirat. Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi 2026.

Subscribe to:
Comments (Atom)