Isnin, 15 Rejab 1447H | Berdiri Menghormati Jenazah
عَنْ عَامِرِ بْنِ رَبِيعَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ إِذَا رَأَيْتُمُ الجَنَازَةَ، فَقُومُوا حتَّى تُخَلِّفَكُمْ أَوْ تُوضَعَ
Daripada Amir bin Rabiah, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah untuknya sehingga ia melepasi kamu atau sehingga jenazah itu diletakkan (di tempatnya)."(HR Muslim No: 958) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW mengajar adab terhadap jenazah, iaitu berdiri sebagai melahirkan rasa simpati, hormat dan kesedaran tentang kematian apabila melihat jenazah dibawa.
2. Dalam Mazhab Syafi‘i dan Hanbali menyatakan sunat berdiri apabila melihat jenazah lalu walaupun bukan jenazah Muslim.
3. Islam memuliakan manusia walaupun selepas kematian. Ada riwayat yang menyebut bahawa Nabi SAW berdiri ketika melihat jenazah orang Yahudi, lalu baginda berkata: "Bukankah dia juga manusia?"
4. Kematian itu pasti akan dilalui oleh setiap insan yang bernyawa. Melihat jenazah sepatutnya menyedarkan kita tentang kehidupan sementara di dunia ini dan keperluan memperbaiki diri.
5. Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan termasuk tindakan kecil dengan berdiri apabila jenazah melintas di hadapan mengajar kita hormat tanpa mengira pangkat, darjat, atau status si mati serta dapat memupuk rasa rendah diri dan taqwa disamping mencerminkan penghayatan nilai Islam yang tinggi.
No comments:
Post a Comment