Sabtu, 14 Rabiulakhir 1448H | Doa Yang Mencakupi Segala Hajat
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ أَبَا بَكْرٍ دَخَلَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَرَادَ أَنْ يُكَلِّمَهُ وَعَائِشَةُ تُصَلِّي فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْكِ بِالْكَوَامِلِ أَوْ كَلِمَةً أُخْرَى فَلَمَّا انْصَرَفَتْ عَائِشَةُ سَأَلَتْهُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ لَهَا قُولِي اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَسْتَعِيذُكَ مِمَّا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَسْأَلُكَ مَا قَضَيْتَ لِي مِنْ أَمْرٍ أَنْ تَجْعَلَ عَاقِبَتَهُ رَشَدًا
Daripada Aisyah RA bahawa Abu Bakar pernah menemui Rasulullah SAW dan ia ingin mengajak baginda berbincang-bincang sedang Aisyah sedang solat. Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Berpeganglah dengan doa-doa yang sempurna dan menyeluruh". Apabila Aisyah selesai solatnya, dia bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai perkara tersebut (doa yang sempurna dan menyeluruh) itu kepada baginda. Baginda bersabda: “Bacalah; Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu segala kebaikan di dunia dan akhirat, yang segera mahupun yang kemudian, yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui. Aku berlindung dengan-Mu daripada segala keburukan, yang segera mahupun yang kemudian, yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui. Aku memohon kepada-Mu syurga dan segala perkataan atau amalan yang mendekatkan kepadanya. Aku berlindung dengan-Mu daripada neraka dan segala perkataan atau amalan yang mendekatkan kepadanya. Aku memohon kepada-Mu segala kebaikan yang pernah dimohon oleh hamba-Mu dan Rasul-Mu Muhammad SAW, dan aku memohon perlindungan-Mu daripada segala perkara yang hamba-Mu dan Rasul-Mu Muhammad SAW pernah memohon perlindungan-Mu daripadanya. Dan aku memohon kepada-Mu agar apa sahaja urusan yang Engkau tetapkan untukku, Engkau jadikan kesudahannya sebagai petunjuk dan kebaikan.” (HR Ahmad No: 23984) Status: Hadis Sahih
Pengajaran
1. Setiap kita dituntut memohon dan berdoa kepada Allah dalam setiap masa.
2. Mohonlah semua kebaikan dunia dan akhirat, bukan hanya keperluan dunia atau yang kita ketahui sahaja. Mohon juga syurga bersama jalan menuju ke syurga.
3. Mohonlah perlindungan daripada keburukan yang diketahui dan tidak diketahui. Juga perlindungan daripada neraka bersama jalan yang membawa kepadanya.
4. Rasulullah SAW mengajar kepada Aisyah satu doa yang sempurna dan mencakupi segala hajat iaitu:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَسْتَعِيذُكَ مِمَّا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَسْأَلُكَ مَا قَضَيْتَ لِي مِنْ أَمْرٍ أَنْ تَجْعَلَ عَاقِبَتَهُ رَشَدًا
No comments:
Post a Comment