Sabtu, 27 Jamadil Awal 1448H | Dua Kalimah Yang Ringan Di Lidah, Berat Di Timbangan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: 'Dua kalimah yang ringan diucapkan oleh lidah tetapi berat pada timbangan amalan dan sangat dicintai oleh Allah Yang Maha Pemurah iaitu:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Maha Suci Allah dengan segala pujian-Nya dan Maha Suci Allah Yang Maha Agung." (HR Muslim No: 4860) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sebagai Muslim, kita dituntut memperbanyak zikir untuk memperingati Allah.
2. Setiap Muslim mempunyai peluang memperoleh pahala yang besar tanpa mengira kedudukan, kekayaan atau kemampuan fizikal.
3. Dua kalimah tasbih yang ringan diucapkan oleh lidah tetapi berat timbangan amalan di akhirat dan sangat dicintai oleh Allah iaitu:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
4. Seorang Muslim seharusnya tidak hanya berusaha mendapatkan ganjaran pahala, tetapi turut menjadikan kecintaan Allah SWT sebagai matlamat utama dalam beribadah.
5. Zikir yang sempurna bukan sekadar menyebut kalimah dengan lidah, tetapi turut melibatkan penghayatan hati terhadap makna yang diucapkan.
6. Jadikan zikir sebagai amalan harian, bukan hanya dilakukan ketika menghadapi kesusahan, kesedihan atau masalah kehidupan.
7. Zikir hendaklah melahirkan kesan terhadap kehidupan. Lidah yang sentiasa bertasbih seharusnya terpelihara daripada mengumpat, mencaci dan memfitnah. Hati yang sentiasa memuji Allah pula sepatutnya semakin jauh daripada sifat sombong, hasad dengki dan tidak bersyukur.
No comments:
Post a Comment