Selasa 15 Zulkaedah 1430H - Kesukaran kekalkan mabrur haji .KEBANYAKAN orang berfahaman bahawa setiap mereka yang menunaikan ibadat haji di Tanah Suci terjamin mendapat haji mabrur, terhapus dosa serta masuk syurga.
Haji mabrur mudah disebut, tetapi untuk mendapatkannya begitu sukar kerana syaitan dan iblis sentiasa menggoda, menghasut dan mendorong kepada sesuatu yang tidak diredai Allah. Sepanjang di Tanah Suci, kita sentiasa terdedah kepada ‘Jidal’. Persekitaran banyak membantu kita ke arah itu.Jidal, pertengkaran atau perbalahan atas pelbagai sebab, boleh berlaku di mana-mana, di bilik penginapan, dalam perjalanan ke masjid, ketika berjual beli, malah ketika beribadat di Masjidil Haram juga boleh berlaku. Pertengkaran atau sesuatu yang boleh menyakiti menyebabkan pelakunya berdosa, sedangkan haji mabrur tidak seharusnya dikotori dengan sebarang dosa.
Haji mabrur mudah disebut, tetapi untuk mendapatkannya begitu sukar kerana syaitan dan iblis sentiasa menggoda, menghasut dan mendorong kepada sesuatu yang tidak diredai Allah. Sepanjang di Tanah Suci, kita sentiasa terdedah kepada ‘Jidal’. Persekitaran banyak membantu kita ke arah itu.Jidal, pertengkaran atau perbalahan atas pelbagai sebab, boleh berlaku di mana-mana, di bilik penginapan, dalam perjalanan ke masjid, ketika berjual beli, malah ketika beribadat di Masjidil Haram juga boleh berlaku. Pertengkaran atau sesuatu yang boleh menyakiti menyebabkan pelakunya berdosa, sedangkan haji mabrur tidak seharusnya dikotori dengan sebarang dosa.
Selepas mendapat haji mabrur, maka usaha untuk mengekalkan mabrur itu perlu dilakukan sebaik mungkin. Ternyata mengekalkan mabrur haji jauh lebih sukar, berbanding usaha kita bagi meraih haji mabrur.Rata-rata kita melihat jemaah haji tekun mengerjakan solat jemaah, membaca al-Quran di Masjid Nabawi. Amalan itu dikekalkan lagi di Masjidil Haram ditambah pula dengan tawaf sunat dan umrah silih berganti sehingga selesai menunaikan ibadat haji sepenuhnya.
Kehidupan selepas pulang dari Tanah Suci adalah titik tolak amat bererti kerana mereka ibarat bayi yang baru dilahirkan, bagi yang mendapat haji mabrur. Apa juga amalan yang dilaksanakan di Tanah Suci perlu diteruskan secara iltizam dan istiqamah antaranya:
- Amar ma’ruf nahi mungkar. Kerjakan perintah Allah dengan penuh ketaatan dan menjauhi kemungkaran serta maksiat secara berterusan.
- Mengerjakan solat di masjid secara berjemaah diteruskan secara istiqamah. Jika sebelum haji suka solat secara bersendirian, cuba pertingkatkan langkah berikut seperti meninggalkan tugas apabila mendengar azan, sedang dalam perjalanan ke masjid apabila azan berkumandang.
- Beriktikaf dalam masjid ketika azan diperdengarkan oleh muazzin.
- Membaca al-Quran sebagai program harian dan meneliti serta mempelajari ilmu al-Quran. Menjadikan tabiat membaca al-Quran setiap kali selesai solat walaupun beberapa ayat.
- Menghadiri majlis ilmu yang boleh mendekatkan diri mengingati Allah. Dapat beramal segala ilmu yang dipelajari mengikut cara yang betul. Apa lagi jika ilmu dipelajari dapat dimanfaatkan kepada orang lain sebagai pembelajaran berterusan. Bagi tujuan merealisasikan hasrat itu, hendaklah suka hadir ke majlis ilmu, mendengar dan mengambil nota serta menyampaikan ilmu itu kepada orang lain.
- Solat malam penting dalam kehidupan dan diteruskan. Pengisiannya seperti solat hajat, solat taubat, solat tasbih serta solat tahajud membantu ke arah pembentukan sahsiah individu Muslim yang unggul, ampuh dan sejati.
- Sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia selaras sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan bagi menyempurnakan akhlak yang mulia.” Sesuai dengan mereka yang baru pulang dari Tanah Suci, pulang seperti bayi baru dilahirkan, pulang dengan membawa kejayaan, memperoleh haji yang mabrur.Memperlihatkan peribadi yang menarik dan boleh diteladani, dari segi percakapan, tingkah laku, pergaulan, cara berpakaian dan sebagainya. Menjadi rujukan masyarakat setempat khususnya berhubung dengan kekeluargaan sebagai khidmat nasihat.
- Bergaul dengan masyarakat setempat sebagai pergaulan yang sihat, hormat menghormati, tolong menolong khususnya perkara bermanfaat, mengikut sunnah, bertemu dan berpisah kerana Allah.
- Belajar ilmu, khususnya ilmu agama daripada guru yang mursyid, bukan sekadar mengajar tetapi lebih daripada itu iaitu yang mampu membimbing, mendidik dan mentarbiah ke arah pembentukan sahsiah diri yang unggul, beriman dan bertakwa.Ramai antara yang berpelajaran tinggi, tetapi tidak berakhlak luhur, kerana mereka hanya belajar bagi tujuan mendapatkan sijil semata-mata, tanpa membuat pengisian yang berupa wadah kepada keterampilan diri dalam usaha menjana insan kamil, masyarakat sihat dan berharmoni.
- Peribadi manusia 90 peratus tertakluk kepada sikap. Hanya 10 peratus saja pengetahuan dan kemahiran. Daripada 90 peratus itu banyak sikap negatif dan untuk melakukan perubahan mengambil masa agak panjang.Gantikan sikap negatif kepada positif, daripada sifat mazmumah kepada mahmudah. Allah berfirman yang bermaksud: “Demi masa, manusia semuanya dalam kerugian kecuali empat golongan iaitu orang beriman, beramal salih, berpesan di atas kebenaran dan berpesan di atas kesabaran.” (Surah al-Asr)
- Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Doa adalah satu cara kita dapat berhubung terus dengan Allah. Basahkan lidah dengan sentiasa berzikir. Jadikan berdoa dan berzikir sebagai amalan harian. Antara zikir yang baik ialah zikir munajat. Wirid yang besar fadilatnya ialah Al-Ma’thurat.
- Allah dan Rasulullah SAW menjanjikan tidak akan menjadi fakir kepada orang yang pergi menunaikan haji sekembalinya mereka daripada Tanah Suci nanti. Secara umumnya apabila kembali daripada haji rezeki mereka lebih murah, paling kurang hati menjadi tenang. Bekerja keras dan tekun bagi mendapatkan rezeki halal dituntut dalam Islam. Ahli fikir mengatakan, “Beramallah untuk dunia ini seolah kamu akan hidup selamanya dan beramallah untuk akhirat seolah kamu akan mati esok hari.” Punca pendapatan untuk menyara dan membiayai keluarga mestilah datangnya daripada sumber rezeki yang halal dan diberkati Allah, walaupun dalam kadar sedikit, daripada rezeki banyak melimpah ruah, tetapi daripada sumber haram dan syubhah yang mengundang kemurkaan Allah.Antara peluang keemasan bagi mendapatkan rezeki halal adalah melalui perniagaan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sembilan persepuluh rezeki datangnya daripada perniagaan.”Dengan perniagaan kita bukan saja membantu diri dan keluarga, malah dapat melebarkan peluang pekerjaan kepada umat Islam lain. Zakat yang dikeluarkan adalah sebagai zakat perniagaan, bukan saja membersihkan dan menyuburkan harta, malah sekali gus dapat menghapuskan dosa pemiliknya sekiranya dalam berhati-hati tetapi masih terkena tempias bunga riba dan syubhah.
Penulis ialah Mantan Pengurus Besar Bimbingan Lembaga Tabung Haji yang juga Pengkursus Ibadat Haji, Lembaga Tabung Haji
No comments:
Post a Comment