- Wanita yang mengerjakan Haji Tamattu'. Kemungkinan haid datang sebelum atau selepas berniat ihram umrah. Dia hendaklah menunggu hingga suci barulah disempurnakan umrah. Jika haid berterusan sehingga tiba waktu wukuf, hendaklah dia berniat ihram haji dan jadilah hajinya Haji Qiran dan diwajibkan dam Qiran.
- Wanita yang mengerjakan Haji Ifrad atau Haji Qiran. Dia hendaklah menyempurnakan semua kerja hajinya kecuali tawaf yang hanya boleh dilakukan selepas bersuci. Jika haid berterusan hingga tiba waktu berangkat keluar dari Makkah, dia mesti menunda tarikh keberangkatan sehingga suci dan mengerjakan tawaf.Jika tidak mampu berbuat demikian, apabila sampai ke negerinya, maka dia boleh tahalul Ihsar dengan menyembelih seekor kambing dan bergunting dengan niat tahalul (tahalul Ihsar). Amalan kerja haji atau umrah yang belum ditunaikan wajib dilaksanakan pada masa akan datang.
Kadangkala berlaku masalah darah keluar berselang hari. Berdasarkan Imam Syafi'e, darah yang keluar berselang hari tidak melebihi 15 hari 15 malam adalah dikira darah haid. Tempoh itu dikira sebagai tempoh haid.
Contohnya, hari pertama hingga kelima darah keluar berturut-turut, hari keenam tidak keluar, kemudian hari ketujuh hingga kesepuluh keluar lagi, ke-11 dan 13 berhenti kemudian, 14 dan ke-15 keluar semula. Darah yang keluar selepas itu adalah dikira istihadah.
Jika jemaah wanita berniat ihram umrah, kemudian dia didatangi haid, maka selepas dia melihat darah tidak keluar pada hari kelima, dia bersuci lalu pergi mengerjakan tawaf, sa'ie dan tahalul. Tiba-tiba pada waktu malam dia mendapati darah haidnya keluar semula. Dalam keadaan ini tahallulnya tidak sah. Dia mesti ulangi semula tawaf, sa'ie dan tahalul apabila sudah suci dari haid. Dia juga dikenakan Dam Takhyir dan Taqdir kerana mengerat rambut sebelum tiba masanya.
Ada pandangan kedua dalam Mazhab Syafi'e, tempoh bersih antara haid itu (dikenali sebagai Fatrah Niqa') dikira tempoh suci dan sah amal ibadat dengan syarat tempoh suci itu tidak kurang dari 24 jam. Umpamanya pukul 12 tengah hari dia bersuci kemudian menyelesaikan umrahnya. jam 3 petang hari berikutnya darah keluar semula, maka umrahnya itu sah. Namun, jika darah keluar sebelum pukul 12 tengah hari berikutnya, maka umrahnya tidak sah.
INTI PATI
- Wanita yang hendak pergi menunaikan haji hendaklah ditemani suamiatau mahram. Jika suami atau mahramnya tidak dapat pergi bersama, makadia hendaklah memilih teman wanita yang boleh dipercayai.
- Wanita yang mengerjakan Haji Tamattu' kemungkinan haid datang sebelumatau selepas berniat ihram umrah, dia hendaklah menunggu hingga sucibarulah disempurnakan umrah.
- Wanita yang mengerjakan Haji Ifrad atau Haji Qiran, dia hendaklahmenyempurnakan semua kerja hajinya kecuali tawaf yang hanya bolehdilakukan selepas bersuci.
- Wanita yang mengerjakan Haji Ifrad atau Haji Qiran, dia hendaklahmenyempurnakan semua kerja hajinya kecuali tawaf yang hanya bolehdilakukan selepas bersuci.
- Wanita yang mengerjakan Haji Ifrad atau Haji Qiran, dia hendaklahmenyempurnakan semua kerja hajinya kecuali tawaf yang hanya bolehdilakukan selepas bersuci.
- Jika jemaah wanita berniat ihram umrah, kemudian dia didatangi haid,maka selepas dia melihat darah tidak keluar pada hari kelima, dia bersucilalu pergi mengerjakan tawaf, sa'ie dan tahalul. Tiba-tiba pada waktumalam dia mendapati darah haidnya keluar semula. Dalam keadaan initahalulnya tidak sah.
- Berdasarkan Mazhab Syafi'e, tempoh bersih antara haid itu (dikenalisebagai Fatrah Niqa') dikira tempoh suci dan sah amal ibadat dengansyarat tidak kurang dari 24 jam.
Oleh Maznah Daud
1 comment:
Ustaz Razip..Perjalanan Semakin Hampir
Post a Comment