Jumaat, 21 Jamadilakhir 1431H : Cara malaikat mengambil nyawa manusia bergantung kepada amalan agama yang dianutinya dan juga amalannya ketika hidup. Banyak hadis-hadis Nabi SAW berhubung dengan saat malaikat mengambil nyawa manusia anataranya :
Rasulullah s.a.w bersabda: "…..Dan apabila seseorang mukmin sampai masa matinya ia digembirakan oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya: Bahawa ia akan beroleh rahmat Allah dan keredhaan-Nya serta Syurga-Nya, maka pada ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dicintai oleh orang itu lebih daripada menerima apa yang dihadapinya, lalu ia suka dan ingin mengadap Allah, dan Allah juga redha menerimanya dengan sebaik-baik sambutan;
Rasulullah s.a.w bersabda: "…..Dan apabila seseorang mukmin sampai masa matinya ia digembirakan oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya: Bahawa ia akan beroleh rahmat Allah dan keredhaan-Nya serta Syurga-Nya, maka pada ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dicintai oleh orang itu lebih daripada menerima apa yang dihadapinya, lalu ia suka dan ingin mengadap Allah, dan Allah juga redha menerimanya dengan sebaik-baik sambutan;
Dan apabila seseorang yang kafir atau yang berdosa didatangi oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya, ia diberitahu bahawa ia akan beroleh azab seksa Allah dan kemurkaan-Nya, maka ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dibencinya lebih daripada yang dihadapinya; dengan sebab itu maka ia merasa gerunan tidak suka mengadap Allah, dan Allah juga tidak redha ia mendekati rahmat-Nya apalagi mengadap-Nya." ( Dari Sebilangan Sahabat r.a )
Huraian:
Huraian:
- Seorang mukmin yang beriman dan beramal soleh semasa hidupnya maka semasa saat kematiannya ia akan digembirakan oleh Malaikat dengan berkhabaran yang mengembirakan iaitu ia beroleh rahmat Allah dan Allah redha kepadanya.
- Allah menjanjikan Syurga sedang menantinya.
- Orang mukmin yang menerima perkhabaran ini maka kecintaannya kepada kematian tidak dapat dibendung lagi untuk menikmati rahmat dan Syurga Allah.
- Allah redha akan dia dan dia redha kepada ketentuan Allah.
- Sebaliknya seorang yang kafir dan yang berdosa disaat kematiannya akan dikhabarkan oleh Malaikat Allah murka terhadapnya.
- Kemurkaan Allah menyebabkan ia akan diazab dan diseksa oleh Allah.
- Maka kematian yang sedang dihadapinya menjadikan ia tak sanggup menghadapinya dan merasa benci dengan kematiannya.
- Allah tidak redha akan dia dan dia berasa amat gerun dan tidak mahu mengadap Allah.
- Allah juga tidak redha ia mendekati rahmatnya apatah lagi mengadapNya.
Sumber : JAKIM
1 comment:
Pada adatnya, proses penarikan nyawa bermula dari kaki & bergerak perlahan hingga ke pinggang, telinga, mata dan akhirnya lidah. Justeru, lidah masih lagi boleh bertutur sepanjang proses nazak. Di antara kalimah yg baik diajar ialah kalimah tauhid "Laillaha ilallah". Makhraj huruf kalimah ini adalah letaknya di lidah. Justeru, lidah boleh lagi mengikut rentak kalimah ini jika diajarkannya. Keadaan akan menjadi lebih mudah jika memang kita pengamal kalimah ini setiap detik & ketika. W'aklam
Post a Comment