Monday, January 24, 2011

Dengar dan Taat

Isnin, 19 Safar 1432H: - Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhr r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:”Apa yang aku tegahkan kamu daripadanya maka hendaklah kamu menjauhinya dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka hendaklah kamu kerjakan daripadanya apa yang kamu mampu. Sesungguhnya telah binasa orang-orang yang sebelum kamu oleh sebab banyaknya pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi-nabi mereka.” (HR Bukhari & Muslim)

Keterangan Hadis :

1. Segala apa yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W adalah semua perkara yang haram dari segala macam bentuk maksiat dan kejahatan sama ada berhubung dengan diri, masyarakat dan lain-lainnya. Ada yang berkait dengan harta benda seperti larangan mencuri, merompak, meragut atau membazirkan wang di mana setiap larangan itu ada hikmah dan faedahnya.

2. Manakala segala bentuk suruhan pula hendaklah dikerjakan menurut kadar yang dapat dilakukan sesuai dengan kekuatan atau kemampuan yang ada. Sesiapa pun tidak harus meninggalkan atau mencuaikannya tetapi mestilah dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dengan penuh ketaatan.

3. Punca kebinasaan umat-umat sebelum ini adalah disebabkan perselisihan terhadap nabi-nabi mereka. Mereka suka membantah dan menentang apa-apa yang disampaikan serta banyak mengemukakan pertanyaan yang bukan-bukan sehingga menimbulkan banyak masalah dan akhirnya menyulitkan keadaan.

1 comment:

zainal said...

Lawan kepada "dengar dan taat" ialah "dengar dan engkar".

2. Kafir dari segi makna ialah engkar. Seseorang boleh dikategorikan kafir kerana ia engkar iaitu enggan menerima hukum/syariat Allah.

3.Ini adalah akidah yang perlu dijaga oleh setiap Muslim. Jangan sesekali menolak hukum Allah kerana boleh dikategorikan sebagai engkar tetapi mohon taubatlah jika tak mampu melaksanakannya atas kelemahan iman diri sendiri.

4.Sesungguhnya Allah amat pengampun tetapi amat keras terhadap hambanya yg durhaka spt mafhum firman Allah:
"Demikian itu, kerana mereka mendurhakai Allah dan Rasulnya.Barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasulnya, maka sesungguhnya Allah amat keras siksaanya (terhadap mereka itu).

W'aklam.