Monday, August 15, 2011

Rosak Puasa Kerana Lidah

Isnin, 15 Ramadhan 1432H : Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran Hadis:

1. Kelebihan orang yang berpuasa bukan sahaja terletak kepada menahan makan dan minum sahaja dan perkara-perkara yang membatalkan puasa, tetapi menjaga setiap anggota dari melakukan perkara yang mengosongkan pahala puasa. Bahkan inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti menjaga lidah dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang kotor atau sebagainya.

2. Orang yang berpuasa hendaklah banyak bersabar dalam menerima dugaan dan ujian daripada Allah S.W.T. Sekiranya mereka dimaki hamun dan diajak berkelahi oleh seseorang maka hendaklah ia berkata “aku berpuasa”.

3. Untuk mengelak dari melakukan perkara yang akan merosakkan pahala puasa, maka kita digalakkan agar banyak beristighfar kepada Allah, berzikir, membaca Al-Quran dan berselawat kepada Nabi dan sebagainya.

1 comment:

zainal said...

Bahaya lidah (lisan) dihurai panjang lebar oleh ahli tasauf.Antaranya ialah buku karangan Imam Ghazali yg membicarakan bahaya lisan.

2. Imam Ghazali mengaitkan peranan lidah dalam kehidupan seharian yg terdedah pada pahala dan dosa. Namun, lidah kerap kali terbabit dgn adu domba, fitnah, mengata, ejek, keji, mecarut yg menyebabkan dosa pd ALlah dan makhkluk.

3.Imam Ghazali memberi panduan bila perlu bicara, bila perlu diam, kerana setiap tutur kata akan membawa kesan pd penutur dan org lain.

4.Lidah yg baik adalah lidah yg menuju jalan keredhaan ALlah.

Waallahuaklam.