Jumaat, 11 Muharram 1435H: Dari 'Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda:
"Siapa
yang ingin bertemu dengan Allah nescaya Allah ingin pula bertemu dengannya.
Dan
siapa benci bertemu dengan Allah, nescaya Allah benci pula bertemu dengannya."
Lalu aku bertanya : " Apakah yang dimaksud membenci mati? Kerana kami semua
benci akan mati."
Jawab beliau, "Bukan begitu! Tetapi setiap orang mukmin
apabila diberi khabar gembira dengan rahmat Allah, dengan keredhaan-Nya dan
dengan syurga-Nya, nescaya dia ingin bertemu dengan Allah.
Maka Allah ingin pula
bertemu dengannya. Sedangkan orang kafir, apabila diberi khabar dengan 'azab Allah dan dengan kemarahan-Nya, dia benci bertemu
dengan Allah dan Allah benci pula bertemu dengannya."
No comments:
Post a Comment