Rabu, 9 Muharram 1435H: Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. belum
lama tiba di Madinah, didapatinya orang-orang Yahudi puasa pada hari 'Asyura. Maka bertanya beliau kepada mereka, "Hari apakah
ini, sehingga anda semua mempuasakannya?"
Jawab mereka, "Hari ini hari besar, di
mana Allah telah memenangkan Musa serta kaumnya, dan menenggelamkan Firaun serta
kaumnya. Kerana itu Musa puasa setiap hari itu untuk menyatakan syukur, lalu
kami mempuasakannya pula."
Maka bersabda Rasulullah saw., "Kami lebih berhak dan
lebih patut memuliakan Musa daripada kamu semua."
Lalu Rasulullah saw. puasa
pada hari 'Asyura dan memerintahkan kaum muslimin
puasa pada hari itu.
Hadis Sahih Muslim.
No comments:
Post a Comment