Rabu, 9 Muharram 1434H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda
bahawa Allah Ta'ala telah berfirman: "Ku sediakan bagi hamba-hamba-Ku yang soleh
segala kenikmatan yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga, bahkan belum pernah
tergambar dalam hati sanubari manusia.
Sesuai dengan firman Allah Ta'ala di
dalam Kitab-Nya yang mulia, "Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang
disembunyikan untuk mereka (iaitu segala macam kenikmatan) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka
kerjakan. " (As Sajdah, 32: 17)
No comments:
Post a Comment