Isnin, 7 Jamadilakhir 1435H: Dari Shafwan bin Muhriz r.a. katanya seorang lelaki bertanya
kepada Ibnu 'Umar, "Bagaimana yang Anda dengar sabda Rasulullah saw. tentang "An
Najwa" (suatu rahsia)?"
Jawab Ibnu 'Umar, "Aku mendengar beliau mengatakan,
bahawa nanti pada hari kiamat orang-orang mukmin didekatkan kepada Tuhannya,
Allah azza wa Jalla, sehingga dia terdinding. Lalu Allah mengingatkannya akan
dosa-dosanya seraya bertanya, "Ingatkah kamu akan
dosa-dosamu itu?"
Jawab orang mukmin, "Kami ingat,
wahai Tuhan!"
Firman Allah, "Aku telah menutupnya (merahsiakan atau
menyembunyikan) selama kamu di dunia, dan sekarang pada hari kiamat Ku ampuni
pula dosa-dosa mu itu." Lalu diberikanNya surat
keterangan kelakuan baik.
Adapun orang-orang kafir dan munafik, mereka
diteriakkan (diumumkan) di tengah-tengah khalayak ramai, "Inilah orang-orang
yang mendustakan Allah."
No comments:
Post a Comment