Jumaat, 4 Jamadilakhir 1435H: Dari Abdullah r.a. katanya:
"Rasulullah saw. yang mutlak
benar menceritakan kepada kami, sesungguhnya proses penciptaan seseorang kamu
setelah berada dalam perut ibunya selama 40 hari. kemudian dari menjadi 'alaqah
(segumpal darah) selama 40 hari. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging)
selama 40 hari.
Kemudian diutus malaikat meniupkan ruh (jiwa) kepadanya.
Kemudian diperintahkan kepada malaikat menuliskan empat ketetapan. Iaitu
mengenai rezekinya, ajalnya, amalnya dan celaka atau
bahagia.
Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang
yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jaraknya ke syurga hanya tinggal
sehasta tetapi suratan taqdirnya menetapkan dia menjadi ahli neraka lalu dia
beramal (pada usia umurnya) dengan amalan ahli neraka maka dia akan masuk
neraka.
Sebaliknya seseorang yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga
jaraknya ke neraka hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya telah ditulis
menjadi ahli syurga lalu (pada sisa umurnya) dia beramal dengan amalan ahli
syurga, maka dia akan masuk syurga."
No comments:
Post a Comment