Khamis, 10 Jamadilakhir 1435H: Dari Ibnu Syumamah Al Mahri r.a., katanya:
"Kami menyaksikan
'Amru bin 'Ash ketika dia hendak meninggal. "Dia lama menangis sambil
menghadapkan mukanya ke dinding. Kerana itu anaknya berujar,
"Wahai Ayahku!
Bukankah Rasulullah saw. telah menyampaikan berita gembira bagi Ayah, begini dan
begitu. (Kenapa Ayah masih menangis?)"
Lalu 'Amru bin 'Ash menengok kepada
anaknya seraya berkata, "Sesungguhnya perbekalan kita yang paling utama ialah
syahadat: Tidak ada Tuhan selain Allah, dan Muhammad Rasulullah. Aku ini telah
mengalami tiga zaman.
Pertama, aku menyedari, tidak ada orang yang paling benci
kepada Rasulullah saw. melebihi benci ku. Ketika itu tidak ada yang lebih ku
inginkan kecuali menangkapnya lalu membunuhnya. Kalaulah aku meninggal ketika
itu, tentu aku masuk neraka.
Kedua, tatkala Allah menanamkan Islam ke dalam dada
ku, aku datangi Nabi saw., lalu aku berujar, "Hulurkanlah tangan Anda, aku
hendak berjanji setia (bai'at) dengan Anda." Beliau mengulurkan tangannya dan
menjabat tangan ku sambil berkata, "Apa maksud mu hai 'Amru?" Jawab ku, "Aku
hendak masuk Islam dengan syarat." Tanya beliau, "Apa syarat yang engkau minta?"
Jawab ku, "Supaya segala dosa ku diampuni." Kata
beliau, "Apakah engkau belum tahu, bahawa Islam menghapus segala dosa yang sebelumnya? Hijrah dan Haji juga menghapus dosa-dosa yang sebelumnya?" Semenjak itu aku merasakan,
tidak ada orang paling cinta kepada ku melebihi cinta Rasulullah saw. Dan tidak
ada orang yang paling terhormat di mata ku melebihi beliau. Sebab itu, aku tak
kuasa menatapnya demi untuk memuliakannya. Sehingga andaikan aku diminta orang
untuk menggambarkan bentuk beliau, aku tak sanggup, kerana aku tak pernah
mengangkat pandanganku kepada beliau. Kalaulah aku mati ketika itu, sungguh
besar harapan ku bahawa aku masuk syurga.
Ketiga, Kemudian aku menjabat berbagai
jabatan pemerintahan, di mana aku sendiri tidak tahu bagaimana sesungguhnya
keadaan ku selama dalam jabatan-jabatan itu. Kerana itu jika aku mati, janganlah
jenazah ku dihantar para wanita peratap dan jangan pula membawa api. Apabila aku
telah dikubur, timbunlah jenazahku dengan tanah sampai rata, kemudian tunggulah
kira-kira selama orang menyembelih korban dan membagi-bagikan dagingnya, supaya
aku tidak kesepian bersama mu, tatkala aku memikirkan jawapan terhadap malaikat
yang dikirim Tuhan mu untuk menanyai ku."
Hadis Sahih Muslim.
No comments:
Post a Comment