Rabu, 13 Zulhijjah 1435H: Dari 'Aisyah r.a., katanya:
"Pada suatu hari di masa
Rasulullah saw. masih hidup, terjadi gerhana
matahari. Kerana itu beliau berdiri mengerjakan solat (gerhana) dan berdirinya itu sangat lama.
Kemudian beliau
rukuk, dan rukuknya itu sangat lama.
Kemudian beliau mengangkat kepala (i'tidal)
dan i'tidalnya itU sangat lama pula, tetapi tidak selama berdirinya yang
pertama.
Kemudian rukuk pula lama-lama, tetapi tidak selama yang pertama.
Kemudian beliau sujud, dan sesudahnya langsung berdiri kembali lama-lama, tetapi
tidak selama berdirinya yang pertama.
Kemudian beliau rukuk pula lama-lama
tetapi tidak selama rukuk yang pertama.
Kemudian beliau mengangkat kepala
(i'tidal) dan sesudah itu berdiri pula lama-lama, tetapi tidak selama berdirinya
yang pertama.
Kemudian beliau sujud, dan sesudah itu selesai.
Sedangkan matahari
telah terang kembali. Lalu beliau berkhutbah di hadapan orang ramai. Mula-mula
beliau memuji dan menyanjung Allah swt., dan sesudah itu beliau bersabda, antara
lain sabdanya: "Sesungguhnya matahari dan bulan
adalah suatu bukti di antara sekian banyak bukti kebesaran Allah. Keduanya tidak
mengalami gerhana kerana kematian atau kelahiran
seseorang. Kerana itu jika kamu melihat gerhana
matahari dan bulan, takbir dan mendoalah kepada Allah
swt., solat dan bersedekahlah kamu banyak-banyak.
"Hai, umat Muhammad! Tidak
seorang pun yang sangat benci kepada perzinaan selain daripada Allah. (Kerana
itu hindarilah!)
Hai, umat Muhammad! Kalaulah kamu tahu apa yang ku ketahui,
nescaya kamu akan banyak menangis, dan sedikit tertawa.
Camkanlah! Bukankah
telah kusampaikan."
No comments:
Post a Comment