Selasa, 26 Zulhijjah 1435H: Dari 'Aisyah r.a., katanya: Rasulullah saw. mengirim seorang
lelaki dalam satu pasukan, lalu orang itu membaca dalam solat dengan para
sahabatnya "Qul huwallahu ahad" (Surah Ikhlas sampai
tamat). Ketika mereka telah kembali, hal itu diceritakan orang kepada Rasulullah
saw.
Maka sabda beliau, "Tanyakanlah kepadanya, apa alasannya berbuat seperti
itu."
Lalu mereka tanyakan kepada lelaki itu kenapa dia berbuat demikian.
Jawabnya, "Kerana di dalam surah Ikhlas itu tersebut
sifat-sifat Allah. Kerana itu aku suka membacanya."
Sabda Rasulullah saw.,
"Sampaikan kepadanya, bahawa Allah menyukainya pula."
No comments:
Post a Comment