Khamis,21 Zulhijjah 1435H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw. bersabda:
"Tiga golongan tidak bercakap-cakap Allah dengan mereka dan tidak akan
menyucikan mereka di hari kiamat dan mereka memperoleh seksaan yang pedih:
1.
Orang yang mempunyai kelebihan air dalam perjalanan, tetapi dia tidak mahu
memberikannya kepada musafir (yang memerlukan).
2.
Orang yang setia kepada Imam (Kepala Pemerintahan), tetapi dia berjanji setia
itu hanya kerana hendak memperoleh keuntungan dunia. Kalau dia diberi,
dipenuhinya janjinya. Tetapi kalau tidak diberi, janji itu tidak dipenuhinya.
3.
Orang yang jual beli suatu barang sesudah Asar, lalu orang yang membeli itu
bersumpah dengan nama Allah, bahawa telah dibayarnya sekian, lalu dibenarkan
oleh orang menjual. Maka diberikannya barang itu, pada hal yang sebenarnya belum
dibayar."
No comments:
Post a Comment