Jumaat, 4 Sya'ban 1436H: Dari Sahal bin Sa'ad As Sa'idi r.a., katanya: "Rasulullah
saw. pergi ke kampung Bani 'Umar bin 'Auf untuk mengadakan perdamaian sesama
mereka. Kebetulan waktu solat tiba. Muadzin datang
kepada Abu Bakar dan berkata, "Mahukah anda mengimami solat? Biarlah aku yang qamat." "Baiklah!" jawab Abu Bakar.
Ketika Abu Bakar sedang solat, tiba-tiba Rasulullah
saw. datang dan terus maju hingga sampai ke shaf pertama). Orang-orang bertepuk,
tetapi Abu Bakar tidak menoleh. Ketika tepukan tangan bertambah banyak barulah
dia menoleh, dan terlihat kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw. memberi isyarat
kepada Abu Bakar supaya dia tetap di tempatnya. Tetapi Abu Bakar mengangkat
tangannya dari memuji Allah 'Azza wa Jalla atas suruhan Rasulullah saw. itu.
Kemudian dia mundur hingga sejajar dengan shaf, sedangkan Rasulullah saw. maju
ke depan mengimami solat selanjutnya.
Setelah selesai
solat beliau bertanya kepada Abu Bakar, "Hai, Abu
Bakar! Apa sebabnya anda tidak mahu ku suruh tetap di tempatmu menjadi imam?"
Jawab Abu Bakar, "Tidaklah patut bagi anak Abu Quhafah untuk solat mengimami Rasulullah saw."
Kemudian beliau bertanya
kepada jemaah, "Aku lihat anda semua ramai bertepuk tangan, mengapa?
"Siapa yang
hendak mengingatkan sesuatu dalam solat hendaklah dia
tasbih (membaca 'subhanallah'), kerana apabila dia tasbih orang akan melihat
kepadanya. Sedangkan bagi kaum wanita bertepuk tangan."
No comments:
Post a Comment