Selasa, 16 Rejab 1436H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Pada suatu ketika,
Rasulullah saw. masuk ke dalam masjid. Tidak lama kemudian, masuk pula seorang
lelaki lalu dia solat. Sesudah solat dia datang kepada Rasulullah saw. sambil memberi
salam. Rasulullah menjawab salamnya sambil bersabda : "Ulanglah solatmu, kerana sesungguhnya kamu belum solat."
Lalu orang itu mengulang solatnya seperti solat yang
mula-mula tadi. Kemudian dia datang pula kepada Nabi saw. sambil memberi salam.
Jawab Rasulullah, "Wa, 'alaikassalam." Kemudian beliau bersabda pula, "Ulang
lagi solatmu!" Sesungguhnya engkau belum solat."
Akhirnya orang itu mengulang solatnya sampai tiga kali. Kemudian dia berkata, "Demi
Allah yang telah mengutus anda dengan agama ini, sesungguhnya aku belum tahu
bagaimana caranya solat yang bagus. Kerana itu
ajarilah aku."
Sabda Nabi saw., "Apabila engkau berdiri hendak solat, bacalah takbir lebih dahulu. Sesudah itu baca
ayat-ayat Quran yang mudah bagi mu. Sesudah itu rukuk sehingga rukukmu itu
sempurna sekali. Sesudah itu bangkit dari rukuk sehingga engkau kembali berdiri
dengan sempurna. Kemudian sujud dengan sempurna sekali. Kemudian duduk sehingga
dudukmu sempurna sekali. Perbuatlah seterusnya seperti itu setiap kamu solat."
No comments:
Post a Comment