Jumaat, 19 Rejab 1436H: Dari 'Isa bin Hafash bin 'Ashim bin 'Umar bin Khaththab r.a.,
dari bapanya, katanya:
"Aku pernah berjalan bersama-sama Ibnu 'Umar dalam suatu
perjalanan menuju Mekah. Dalam perjalanan itu dia mengimami kami solat Zohor dua rakaat. Setelah selesai solat dia pergi, dan kami mengikutinya sampai ke tempatnya
dan duduk bersama-sama dengan dia. Sebentar kemudian dia menoleh ke tempat solat dan dilihatnya masih banyak orang yang solat.
Lalu dia bertanya, "Apa yang diperbuat orang-orang
itu?"
Jawab ku, "Mereka solat sunat."
Kata Ibnu
'Umar, "Kalaulah aku harus solat sunat pula (sesudah
qashar), lebih baik ku cukupkan solat ku. Hai, anak
saudaraku! Aku sering menyertai Rasulullah saw. dalam perjalanan. Beliau solat (dalam setiap perjalanan itu) tidak pernah lebih dari
dua rakaat, hingga beliau meninggal.
Aku juga sering menemani Abu Bakar dalam
perjalanan. Beliau juga solat (dalam perjalanan itu)
tidak pernah lebih dari dua rakaat, hingga dia meninggal.
Aku juga sering
menemani 'Umar dan 'Usman, mereka solat (dalam
perjalanan itu) tidak lebih dari dua rakaat, hingga mereka meninggal.
Kemudian
beliau membaca firman Allah: "Laqad kana lakum fi Rasulutlahi uswatun hasanatun
" (Al Ahzab: 21)
No comments:
Post a Comment