Thursday, September 10, 2015

Penyembelihan Korban

Khamis, 26 Zulkaedah 1436H: 'Ali bin Hujr menceritakan kepada kami, Ismail bin Ibrahim menceritakan kepada kami dari Dawud bin Abu Hind dari Asy-Syaabi dari AI-Barra' bin 'Azib dimana ia berkata: "Rasulullah saw menyampaikan khutbah kepada kami pada hari Nahr dimana beliau bersabda: 

"Janganlah sekali-kali salah seorang di antara kamu menyembelih (binatang korban) sehingga ia (selesai) mengerjakan solat." 

Ia berkata: "Wahai Rasulullah, ini adalah hari dimana daging itu dilarang, sedangkan saya telah mendahulukan korbanku agar aku dapat memberi makan keluargaku, keluarga rumahku dan tetanggaku". 

Beliau bersabda: "Ulangilah korbanmu dengan yang lain". 

Kemudian ia berkata: "Wahai Rasulullah, aku mempunyai anak kambing yang masih menyusu yang ia itu lebih baik daripada daging dua ekor kambing; maka apakah boleh aku menyembelihnya?" 

Beliau bersabda: "Ya, hal itu lebih baik, dan ia akan cukup bagi mu, namun kambing muda tidak akan mencukupi setelah kamu." 

Masalah yang sama diriwayatkan pula dari Jabir, Jundub, Anas, 'Uwaimir bin Asyqar, Ibnu 'Umar dan Abu Zaid AI-Anshary. Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Pengamalan terhadap hadis ini menurut para ulama' iaitu bahawa seseorang tidak boleh menyembelih korban di suatu kota sehingga imam selesai mengerjakan solat. Sekelompok ulama' ada yang memberikan keringanan bagi penduduk suatu kampung untuk menyembelih binatang korban apabila fajar telah terbit. Demikian itulah pendapat Ibnul Mubarak. 

Para ulama' bersepakat bahawa kambing yang masih muda itu tidak mencukupi (untuk berkorban), yang mencukupi adalah domba muda.

Hadis Sunan At-Termizi

No comments: