Friday, September 11, 2015

Tawaf Dan Sa'i Rasulullah SAW

Jumaat, 27 Zulkaedah 1436H: Dari Ja'far ibnu Muhammad dari ayahnya dari Jabir r.a berkata "Rasulullah saw tawaf di Baitullah tujuh kali. Pada tiga putaran pertama, beliau tawaf dengan berlari kecil, dan pada empat putaran berikutnya, beliau tawaf dengan berjalan biasa. 

Setelah itu beliau ke maqam Ibrahim dan melakukan solat tawaf dua rakaat disana, beliau membaca ayat: "Wattakhidzu min maqaami Ibraahiima mushalla" ,dengan suara keras supaya didengar orang-orang, kemudian beliau kembali ke Ka'bah untuk beristilam, lalu pergi unkuk menunaikan sa'i, beliau bersabda: 

"Kami memulai sa'i dari tempat yang telah ditentukan Allah". Kemudian beliau memulainya dari bukit Shafa, maka naiklah beliau diatas bukit itu hingga Baitullah telah nampak olehnya dari bukit itu, maka beliau membaca: "Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariilahu. Lahul mulku wa lahul hamdu. Wahuwa 'alaa syai-in qadiir." 3X, kemudian beliau bertakbir dan bertahmid, dan berdoa kepada Allah.

Setelah itu beliau berjalan menuruti bukit Shafa dengan berjalan agak cepat, hingga ketika sampai di tanah datar, maka beliau berjalan biasa hingga sampai di lembah bukit Marwa. Beliau mendaki bukit itu dengan berjalan, hingga ketika Baitullah telah tampak oleh beliau dari atas bukit itu, maka beliau membaca: "Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalahu. Lahul mulku wa lahul hamdu. Wa huwa 'alaa kulli syia-in qadiir",3x kemudian beliau berzikir kepada Allah, bertasbih dan bertahmid kepadanya, setelah itu beliau berdoa pada-Nya. Demikian itu beliau laksanakan seterusnya hingga sa'i selesai."

Hadis Sunan An-Nasai.

No comments: