Thursday, September 3, 2015

Melempar Jumrah

Khamis, 19 Zulkaedah 1436H: Dari Zuhri r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. melempar Jumrah yang dekat masjid Mina, beliau melempar dengan tujuh buah batu sambil beliau mengucapkan takbir setiap melempar dengan satu batu. 

Kemudian beliau maju ke muka dan berdiri menghadap kiblat sambil mengangkat kedua belah tangannya berdoa dan berdiri agak lama. 

Kemudian beliau mendekati jumrah yang kedua, lalu dilemparnya dengan tujuh buah batu sambil membaca takbir setiap kali melempar. 

Sesudah itu beliau pindah ke sebelah kiri mendekati lembah, dan berdiri menghadap kiblat, dan sambil mengangkat kedua belah tangannya beliau berdoa. 

Sesudah itu beliau mendekati Jumrah yang akhir, maka dilemparnya dengan tujuh buah batu sambil takbir tiap-tiap kali melontar, kemudian beliau pergi dari situ."

Hadis Sahih Bukhari 

No comments: