Isnin, 2 Sya'ban 1440H: Bundar menceritakan kepada kami, 'Abdur Rahman bin Mahdi
memberitahukan kepada kami dari Mahdi dari Sufyan dari Manshur dari
Salim bin Abul Ja'd dari Abu Salamah dari Ummu Salamah di mana ia
berkata: "Saya tidak melihat Nabi s.a.w. berpuasa dua bulan
berturut-turut kecuali bulan Sya'ban dan Ramadan."
Di dalam bab ini terdapat hadis dari 'Aisyah. Abu 'Isa berkata: "Hadis Ummu Salamah ini adalah hadis hasan."
Hadis ini diriwayatkan pula dari Abu Salamah dari 'Aisyah bahawasanya
ia berkata: "Saya tidak melihat Nabi s.a.w. lebih banyak berpuasa dalam
satu bulan melebihi pada bulan Sya'ban, di mana beliau berpuasa pada
bulan Sya'ban kecuali sedikit saja (yang tidak) bahkan baginda berpuasa
seluruh bulan Sya'ban."
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0733.
No comments:
Post a Comment