Wednesday, October 2, 2019

Hukum Percikan Air Kencing

Rabu, 3 Safar 1441H: Diriwayatkan oleh Ummu Qais:

أَنَّهَا أَتَتْ بِابْنٍ لَهَا صَغِيرٍ، لَمْ يَأْكُلِ الطَّعَامَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَأَجْلَسَهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي حِجْرِهِ، فَبَالَ عَلَى ثَوْبِهِ، فَدَعَا بِمَاءٍ فَنَضَحَهُ وَلَمْ يَغْسِلْهُ‏

Maksudnya: "Bahawa dia( Ummu Qais) pernah datang kepada Rasulullah SAW bersama anak lelakinya yang masih kecil dan belum memakan makanan lalu Rasulullah SAW mendudukkan anak itu di pangkuan Baginda, kemudian bayi tersebut kencing di atas pakaian Baginda. Maka Baginda meminta air lalu memercikkannya ke atas kain Baginda dan tidak membasuhnya (menjirus air)."

Riwayat al-Bukhari (223) Muslim (287)

No comments: