Rabu, 17 Safar 1441H: Dari
Huzaifah bin Yaman r.a., katanya: Orang banyak menanyakan kepada
Rasulullah s.a.w. tentang hal kebaikan, sedang saya menanyakan kepada
beliau tentang bahaya (keburukan), supaya jangan menimpa saya.
Lalu saya bertanya: "Wahai Rasulullah! Kami berada dalam keburukan di
masa jahiliah, kemudian Tuhan mendatangkan kebaikan ini kepada kami.
Adakah sesudah kebaikan itu ada lagi keburukan?"
Jawab beliau: "Ya!"
Tanya saya: "Apakah sesudah keburukan itu ada lagi kebaikan?"
Jawab beliau: "Ya! Dan di situ ada bencana".
Tanya saya: "Bencana apa?"
Jawab beliau: "Suatu kaum memberi petunjuk berlainan dari petunjuk ku.
Engkau ketahui dari mereka, tetapi hendaklah engkau engkari!"
Tanya saya: "Apakah sesudah kebaikan itu ada lagi keburukan?"
Jawab beliau: "Ya! Ada juru penerangan yang membawa ke pintu neraka
jahanam. Siapa yang mahu mengikut mereka, dilemparkannya ke dalam
neraka".
Kata saya: "Wahai Rasulullah! Terangkanlah sifat orang-orang itu kepada kami.
Beliau bersabda: "Kulit mereka sama dengan kita dan mereka berbicara dengan bahasa kita".
Tanya saya: "Apakah perintah tuan kepada saya jika saya mendapati hal yang demikian itu?"
Jawab beliau: "Bersatulah dengan jemaah Muslimin dan Imam mereka!"
Kata saya, "Jika tidak ada jemaah Muslimin dan Imam mereka, bagaimana?"
Sabda beliau: "Menghindarlah dari semua golongan-golongan, biarpun
engkau sampai menggigit (makan) urat kayu dan mati dalam keadaan serupa
itu".
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1540.
No comments:
Post a Comment