Rabu, 4 Zulkaedah 1447H | Jangan Tangguh Melaksanakan Ibadah Haji
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَجَّلُوا إِلَى الْحَجِّ يَعْنِي الْفَرِيضَةَ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَا يَدْرِي مَا يَعْرِضُ لَهُ
Daripada Ibnu Abbas RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Segeralah kamu menunaikan haji (yang wajib) kerana seseorang daripada kamu tidak mengetahui apa yang akan berlaku keatasnya” (Musnad Ahmad No: 2721) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menunaikan ibadat haji suatu kewajipan kepada mereka yang memenuhi syarat berkuasa dan berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan dan keselamatan perjalanan. Jangan ditangguh dengan sengaja melainkan bersebab yang dibenarkan Syara.
2. Mengikut Imam Shafi’i kewajipan menunaikan haji tidaklah mesti disegerakan tetapi tidak pula bererti boleh dilambatkan.
3. Segera menunaikan haji dalam keadaan kita sihat dan mampu adalah penting sebagai langkah berjaga-jaga. Apatah lagi jika telah mendapat surat tawaran kerana peluang tidak datang selalu. Jika dilewatkan berkemungkinan ia tidak dapat dilaksanakan langsung kerana kemungkinan berlaku sesuatu halangan seperti sakit, kehilangan harta, kematian atau perubahan keadaan.
4. Jika ada kemudahan untuk tidak menunggu giliran yang mungkin lama lagi; contohnya menggunakan package yang lebih bayarannya dan kita berkemampuan dari segi kewangan, maka elok diusahakan pemergian itu.
5. Hadis ini mengingatkan umat Islam agar tidak bertangguh dalam menunaikan haji apabila telah berkemampuan. Kehidupan yang tidak menentu menuntut kita agar segera melaksanakan kewajipan sebelum datang halangan. Dengan itu, seorang Muslim akan lebih bersedia menghadapi Allah SWT dalam keadaan telah menunaikan tanggungjawabnya.
Bagi mereka yang berkemampuan dan berkuasa, jangan tunggu tahun depan atau tahun berikutnya. Kita tak pasti, ketika itu adakah kita masih hidup, berkuasa atau berkemampuan?.
No comments:
Post a Comment