Ahad, 23 Syawal 1447H | Tertangguh Keampunan Kerana Persengketaan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَيَوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لَا يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلَّا رَجُلًا كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا
Daripada Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibuka pada hari Isnin dan Khamis, lalu diampunkan dosa setiap hamba yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, kecuali bagi orang yang antara dia dan saudaranya terdapat kebencian dan perpecahan (bersengketa)." Lalu dikatakan kepadanya: 'Tangguhkanlah dua orang ini hingga mereka berdamai! Tangguhkanlah dua orang ini hingga mereka berdamai! Tangguhkanlah kedua orang ini hingga mereka berdamai! ' (HR Muslim No: 4652) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Pintu syurga dibuka setiap hari Isnin dan Khamis (Rahmat Allah melimpah beserta peluang keampunan yang besar).
2. Hari Isnin dan Khamis ada kelebihannya dimana Rasulullah SAW suka berpuasa sunat pada hari tersebut.
تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِى وَأَنَا صَائِمٌ
“Berbagai amalan diangkat (pada Allah) pada hari Isnin dan Khamis, maka aku suka jika amalanku diangkat sedangkan aku sedang berpuasa.” (HR. Tirmidzi No: 747) Status: Hadis Hasan
3. Dosa setiap mukmin akan diampunkan dengan syarat tidak melakukan syirik.
4. Dosa setiap mukmin tidak akan diampunkan segera jika dia bermusuh dan tidak bertegur sapa dengan Muslim yang lain sehinggalah dia berdamai dan berkasih sayang.
5. Diulang tiga kali agar ditangguhkan keampunan daripada dosa bagi mereka yang bermusuh dan tidak bertegur dan berdamai, menunjukkan pentingkan perdamaian dan berkasih sayang.
6. Islam sangat menganjurkan perdamaian bagi orang yang bermusuh. Jadilah orang yang memaafkan serta segera meminta maaf jika melakukan kesalahan.
7. Hadis ini mengajar bahawa pintu keampunan Allah sentiasa terbuka, khususnya pada hari Isnin dan Khamis. Namun, permusuhan sesama manusia boleh menjadi penghalang besar. Oleh itu, setiap Muslim perlu segera membersihkan hati, berdamai dan memelihara ukhuwah agar tidak terlepas daripada rahmat dan keampunan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment