Wednesday, April 28, 2010

Hadis : Kasih dan Marah Allah

Rabu, 14 Jamadilawal 1431H : Penghuni langit akan mengasihi seseorang apabila Allah mengasihinya dan sebaliknya penghuni langit akan marah kepada seesorang apabila Allah murka terhadapnya. Alangkan beruntungnya jika kita dikasihi Allah dan juga penghuni turut mengasihi kita dan alangkan malangnya jika sebaliknya. Semuga hadis dibawah menjadi panduan dan renungan kita.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ عَبْدًا دَعَا جِبْرِيلَ، فَقَالَ: إِنِّي أُحِبُّ فُلَانًا فَأَحِبَّهُ، قَالَ: فَيُحِبُّهُ جِبْرِيلُ، ثُمَّ يُنَادِي فِي السَّمَاءِ فَيَقُولُ: إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ فُلَانًا فَأَحِبُّوهُ، فَيُحِبُّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ، قَالَ: ثُمَّ يُوضَعُ لَهُ الْقَبُولُ فِي الْأَرْضِ. وَإِذَا اللَّهُ أَبْغَضَ عَبْدًا، دَعَا جِبْرِيلَ فَيَقُولُ: إِنِّي أُبْغِضُ فُلَانًا فَأَبْغِضْهُ، فَيُبْغِضُهُ جِبْرِيلُ ثُمَّ يُنَادِي فِي أَهْلِ السَّمَاءِ: إِنَّ اللَّهَ يُبْغِضُ فُلَانًا فَأَبْغِضُوهُ، قَالَ: فَيُبْغِضُونَهُ، ثُمَّ تُوضَعُ لَهُ الْبَغْضَاءُ فِي الْأَرْضِ".

رواه مسلم (وكذلك البخاري ومالك والترمذي)

TERJEMAHAN HADITH :

Dari Abi Hurairah R.A. dia berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W: " Sesungguhnya apabila Allah S.W.T mengasihi sesaorang hamba maka Dia akan memanggil Malaikat Jibril seraya berfirman kepadanya: “Sesungguhnya aku mengasihi si fulan (sesaorang) maka hendaklah kamu juga mengasihinya! Kemudian Malaikat Jibril menyeru di langit dengan berkata: Sesungguhnya Allah mengasihi si fulan maka hendaklah kamu semua mengasihinya! Kemudian Rasulullah menyatakan: Dengan itu orang yang dikasihi tersebut akan diterima dan dikasihi di muka bumi.
Dan sesungguhnya apabila Allah marah kepada sesaorang, Dia akan memanggil Malaikat Jibril dan berfirman kepadanya: “Sesungguhnya Aku memarahi si fulan maka maka hendaklah kamu memarahinya. Lalu Malaikat Jibril memarahi si fulan tersebut seraya berseru kepada penduduk langit dengan berkata: Sesungguhnya Allah terusnya menyeru penduduk langit: Sesungguhnya Allah marah kepada Si pulan maka hendaklah kamu semua memarahinya. Kemudian Rasulullah menyatakan: Kemudian semua penduduk langit memarahinya dan jadilah dia orang yang dibenci dan tidak diterima di muka bumi
." (Hadith riwayat Muslim, Bukhari Dan Tarmizi)

Pengajaran hadith:
  1. Manusia perlu mencari kasih dan ridha Allah semasa hidup mereka di dunia.
  2. Kasih dan ridha Allah adalah penyebab kepada kasih dan ridha makhluk di langit dan di bumi.
  3. Perlu kita mencari dan mengetahui sebab-sebab kasih dan marah Allah kepada hamba-hambanya.
  4. Melakukan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah akan menjadi penjana kasih Allah.
  5. Meninggalkan yang disuruh dan melakukan yang ditegah adalah penyebab murka dan marah Allah kepada hambanya.
  6. Kasih manusia seperti ibu, suami dan isteri adalah di tempat ke tiga setelah kasih kepada Allah dan Rasul.
  7. Manusia yang kasihnya kepada makhluk (keluarga, pangkat mahu pun harta) mendahului kasihnya kepada Allah dan Rasul adalah manusia yang fasiq berdasarkan petikan ayat al quran.
  8. Orang yang tidak meletakkan kasih kepada Allah tidak akan ada minat untuk bertemu Allah dan dunia akan mengambil tempat menjadi kekasihnya.
  9. Orang yang tidak berminat untuk bertemu Allah maka apabila dia mati Allah juga tidak akan berminat untuk bertemu dengannya lalu nanti dia kembali kepada Allah dalam keadaan Allah membencinya, waliyaazubillah.
  10. Hidup berkasih-kasih sesama makhluk dengan mengikis penyakit iri hati, hasad dengki, tamak haloba, sombong dan meninggi diri yang bersarang di hati adalah penggerak utama menuju kasih dan cinta Allah yang abadi.

1 comment:

zainal said...

Sebenarnya mudah utk dptkan kasihkan Allah, elakkan murka Allah - "BUAT YG DISURUH, TINGGAL YG DILARANG". Bukan sahaja Allah kasih, orang lain pun selesa dgn kita jika laksanakan saranan tersebut.

2. Jika direnung, apa yg Allah tegah/larang sgt sedikit. Allah tegah minum arak/yg memabukkan tapi Allah halalkan air 100Plus, kopi, teh, coklat, air epal/oren. Allah tegah zina, tapi Allah halalkan nikah. Tak cukup 1, boleh 2, 3,4 dlm satu masa. Allah tegah mencuri tapi Allah bebaskan nak kerja apa pun - bertani, berniaga, ternak, guru. Sesunguhnya Allah Maha Adil, Pemudah, Penyayang.

Ya, Allah aku sering kali lalai, mengikut hawa nafsu, godaan syaitan hingga melanggar perintahmu. Ampunkanlah kami.W'aklam