Friday, July 16, 2010

Hadis : 3 Golongan dimurkai Allah.

Jumaat: 4 Syaaban 1431H : Terdapat banyak hadis-hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW berkenaan orang-orang yang dimurkai Allah SWT pada hari Qiamat yang tidak mendapat nauangan Allah di hari yang mana naungan Allah saja yang sangat diharapkan oleh manusia. Antara hadisnya ialah Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Tiga Golongan manusia yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka di hari kiamat, tidak menganggap mereka sebagai orang yang bersih, tidak melihat kepada mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dengan azab yang sangat pedih. Mereka ialah orang tua yang berzina, raja atau pemimpin yang suka berbohong dan orang miskin yang sombong”. ( H. Riwayat Muslim )

Huraian:

1. Allah S.W.T. amat benci kepada tiga golongan manusia, iaitu orang tua yang masih tidak meninggalkan perbuatan zina, pemimpin yang bercakap bohong dan orang miskin yang sombong.

2. Segala perbuatan yang dilarang oleh agama hendaklah dijauhi dan seandainya seseorang itu terjerumus ke lembah dosa dan noda maka hendaklah dia segera bertaubat agar dosanya diampunkan oleh Allah.

3. Siksaan di akhirat adalah amat pedih. Oleh itu selagi hayat dikandung badan, pergunakanlah masa sepenuhnya untuk membanyakkan amal ibadat agar kehidupan di dunia dan akhirat mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.

4. Pada hari Qiamat manusia tidak akan mendapat pertolongan daripada sesiapa pun kecuali pertolongan daripada Allah SWT. Oleh itu jika Allah sudah murka kepadanya maka sudah pasti tidak akan dapat pertolonganNya dan neraka adalah tempatnya pasti.

Sumber JAKIM

1 comment:

zainal said...

Apa yg diriwayatkan dlm hadis ini jelas ketara dlm masyarakat kita hari ini. Zina, pembohongan, fitnah, sombong dll. Saya ingin memberi komen dan berkongsi pengalaman dgn golongan ketiga iaitu org miskin yg sombong. Pengalaman berinteraksi dan membuat program out reach dgn kelompok ini amat kesali. Anak-anak penerima asnaf yg bukan sahaja miskin tapi fakir menunjukan lagak/pelakuan yg cukup menyedihkan (bukan semua). Mereka mahukan pakaian yg berjenama, h.phone yg ada stail. Lagak mereka seolah tidak sedarkan ini! W;aklam.