Selasa; 24 Rejab 1431H : Dhab adalah sejenis biawak padang pasir. Ia HALAL dimakan.
عَنْ ابْنِ عَبّاسٍ أَنّ رَسُولَ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ سُئِلَ عَنْهُ لَمّا قُدّمَ إلَيْهِ وَامْتَنَعَ مِنْ أَكْلِهِ أَحَرَامٌ هُوَ ؟ فَقَالَ لاَ, وَلَكِنْ لَمْ يَكُنْ قَوْمِي فَأَجِدُنِي أَعَافُهُ
Dari Ibnu Abbas RA bahawa rasulullah SAW telah ditanya tentang dhab, ketika dihidang kapadanya dia tidak memakannya. Apakah ia HARAM ? . Jawab beliau : Tidak. Tetapi tiada Dhab di kwsn kaumku, maka aku merasa jijik” ( Hadis riwayat Bukhari.)
وَفِي " الصّحِيحَيْنِ " : مِنْ حَدِيثِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُمَا عَنْهُ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ أَنّهُ قَالَ لَا أُحِلّهُ وَلَا أُحَرّمُهُ وَهُوَ حَارّ يَابِسٌ يُقَوّي شَهْوَةَ الْجِمَاعِ وَإِذَا دُقّ وَوُضِعَ عَلَى مَوْضِعِ الشّوْكَةِ اجْتَذَبَهَا .
Ibnu Umar r.a meriwayatkan katanya : “Rasulullah SAW ditanya mengenai Dhab, maka baginda bersabda : “Aku tidak memakannya dan aku tidak mengharamkannya. Dalam satu riwayat: “Rasulullah SAW didatangkan dengan Dhab, maka baginda tidak memakannya dan tidak pula mengharamkannya.” (HR Muslim)
Huraian
- Memang terdapat hadits yang banyak dalam Bukhari Muslim yang menjelaskan tentang binatang ini iaitu dhab yang halal dimakan.
- Para sahabat pun memakan dhab sedangkan Rasullah SAW melihatnya, bahkan Baginda tidak menghalang dan menegah para sahabat untuk memakannya.
- Dhab adalah sejenis biawak yang hidup di padang pasir. Ia tergolong dalam keluarga cicak. Nama saintifiknya ialah Uromastyx aegyptius microlepis.
- Dhab merupakan binatang berdarah sejuk yang tergolong dari jenis reptilia bertelur. Dhab juga adalah binatang herbivor yang hanya memakan tumbuh-tumbuhan.
- Cara kehidupan dhab ialah ia banyak menghabiskan masanya dalam lubang-lubang yang digali untuk menyembunyikan diri atau di celah-celah batuan yang selamat untuk berlindung daripada ancaman musuhnya termasuk manusia.
- Dhab mempunyai kulit yang bersisik tebal di atas badan dan ekornya, panjang bagi seekor dhab lebih kurang dari 14 hingga 36 incin atau lebih.
- Dhab adalah panas dan kering. Khasiatnya ialah menambah kekuatan syahwat. Minyaknya mujarab utk sakit @ kembung perut.
No comments:
Post a Comment