Monday, July 5, 2010

Hadis : Panjang Umur dan Murah Rezeki

Isnin. 23 Rejab 1431H . Islam mengajar kita cara-cara untuk mendapatkan rezeki yang baik dan halal serta keberkatan dipanjangkan umur. Antaranya Rasulullah SAW telah memberikan panduan dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur melalui hadis berikut :

Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang).” (HR Bukhari)

Huraian :
  • Silaturrahim berasal daripada bahasa Arab yang bererti menghubungkan ikatan kasih sayang.

  • Silaturrahim merupakan suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya malah seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.

  • Masakan manusia boleh hidup keseorangan tanpa bergantung harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu jalinan silaturrahim adalah amat penting bagi sesebuah ummah itu hidup lebih cemerlang dan berjaya kerana ukhuwwah yang dipupuk di atas rasa cinta dan kasih kerana Allah pasti akan memberikan kekuatan pada jiwa mana-mana individu.

Sumber JAKIM

2 comments:

zainal said...

Amat benar skali jika kita ber"rahim" dengan manusia, Allah akan ber'rahim" juga dengan kita. Justeru, jalinan silaturahim akan menjdi lebih molek jika hubungan dgn Allah mendahului segala. Ini akan membolehkan perhubungan sesama manusia yg harmonis. W'aklam

Unknown said...

Kawin la