Isnin, 11 Syawal 1431H ; Puasa bulan Ramadhan dan dikuti dengan puasa sunat enam hari di bulan di Syawal amat dituntut oleh agama Islam dan diberi ganjaran pahala setahun. Hadith daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, “ Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun”. (HR .Muslim)
Pengajaran Hadis :
Pengajaran Hadis :
1. Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.
2.Nabi SAW menjelaskan hal ini kemudian beliau bersabda: "Barangsiapa berpuasa selama 6 hari setelah hari Raya Idhul Fitri bererti telah memenuhi tahun itu: (barangsiapa berbuat kebaikan [hasanah] akan mendapatkan 10 hasanah yang serupa dengannya)." Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.
3. Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.
4. Hal lain yang menunjukkan pentingnya puasa 6 hari pada bulan Syawal adalah bahwa puasa sunnah ini akan menutup kelemahan-kelemahan yang mungkin terjadi dalam puasa di bulan Ramadhan, karena tidak seorangpun yang terbebas dari kelemahan-kelemahan yang boleh jadi berpengaruh pada puasanya. Pada hari berbangkit, amalan-amalan sunnah akan diperhitungkan untuk mengejar kelemahan-kelemahan dalam amalan-amalan wajib, sebagaimana Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: "Yang pertama kali akan dihisab pada hari berbangkit adalah Shalat. Robb kita, Yang Maha Mulia dan Maha Agung, akan berkata kepada malaikat-malaikat-Nya - meskipun Dia Maha Tahu - 'Periksalah sholat hamba-Ku, apakah sempurna ataukah tidak.' Apabila sempurna, akan dicatat sebagai sempurna, dan apabila ada kekurangannya, Dia akan berfirman, 'Periksa dan lihatlah apakah hamba-Ku telah melakukan sholat-sholat sunnah.' Jika dia telah melakukan sholat-sholat sunnah, (Allah) akan berfirman, Sempurnakan amalan wajib hamba-Ku dengan amalan-amalan sunnahnya.' Kemudian semua amalannya akan dihitung dengan cara yang sama." (diriwayatkan oleh Abu Dawud).
5. Sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud, " Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, keluar (dihapus) dosanya seolah-olah dia baru dilahirkan oleh ibunya. ”
6. Bagi sesiapa yang mengqada'kan puasa fardhu dalam bulan Syawal akan mendapat puasa enam hari dalam bulan Syawal sekalipun dengan niat qada' sahaja. Sekiranya dia berniat qada' berasingan dengan niat puasa enam hari bulan Syawal itu adalah Afdhal.
7. Perlu diingat adalah haram berpuasa pada awal Syawal ( 1 Syawal ). Sehubungan dengan itu, hendaklah kita mengambil peluang pada awal syawal untuk memenuhi undangan dan berziarah.
8. Puasa sunat enam hari bulan Syawal boleh dilakukan selepas 1 Syawal dan boleh dilakukan secara berturut-turut atau berasingan dalam bulan Syawal. Bagi seorang isteri perlu ia mendapatkan keizinan daripada suaminya terlebih dahulu atau sama-sama berbincang untuk melakukan puasa enam bersama-sama.
9. Sekiranya dia didatangi tetamu hendaklah dia meraikan tetamunya. Sunat dia berbuka puasa sunat tersebut. Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah, yang bermaksud, “Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Qiamat maka muliakanlah tetamunya.” Ini kerana tetamu yang datang membawa rezeki kepada tuan rumah. Sabda Rasulullah SAW lagi, yang bermaksud, “Wahai manusia! Janganlah kamu membenci kehadiran tetamu. Sesungguhnya mereka datang membawa rezeki dan apabila keluar (pulang) membawa dosa ahli rumah tersebut keluar.”
1 comment:
Proses penyucian diri adalah antara perkara yg dititikberatkan dlm Islam tetapi tidaklah hingga perlu meninggalkan masyarakat. Justeru, Islam mengajar umatnya bersederhana dalam beramal. Ada masa meraikan syawal dgn ahli keluarga & tetamu dan ada masa menyucikan diri dengan amalan sunat secara individu. Puasa adalah antara amalan penyucian jiwa yg amat signifikan dalam membentuk keperibadian. Alangkah baik jika amalan ini diteruskan selagi bernyawa. Sungguhpun begitu, jgn lupa tanggungjawab pd masyrakat melalui amalan ziarah & bersedekah. W'aklam.
Post a Comment