Rabu, 13 Syawal 1431H ; Islam amat mengambil berat hidup bermasyarakat dan memelihara hubungan siratulrahim. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya.” (HR Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pengajaran hadis:
Pengajaran hadis:
i) Islam mementingkan umat yang bersatu padu di mana setiap hubungan yang terjalin mestilah diperkuatkan dengan ikatan kasih-sayang, kepercayaan, belas kasihan dan menjauhi permusuhan kerana seorang muslim yang baik adalah mereka yang sentiasa memikirkan kebaikan orang lain sebagaimana ia memikirkan kebaikan untuk dirinya sendiri.
ii) Tidak sempurna iman seseorang yang didapati tidak mengakui persahabatan, pertalian kerabat dan seumpamanya kecuali apabila ia mendapati terdapat sesuatu faedah atau keuntungan di sebalik perhubungan itu untuk dirinya.
iii) Orang seperti ini adalah mereka yang bersifat sombong dan angkuh, tamak haloba dan suka berdendam. Ia hanya mementingkan diri sendiri serta sanggup melakukan apa sahaja asalkan sesuatu kebaikan itu hanya menjadi miliknya seorang bahkan dendam yang bersarang dalam jiwanya membuatkan ia hilang perasaan kasihan belas, simpati dan timbang rasa terhadap kesusahan orang lain.
iv) Sesungguhnya orang seperti ini akan mendapat laknat daripada Allah S.W.T. Perbuatannya yang menganiayai orang lain lambat laun akan mengundang kebencian masyarakat menjadikan kehidupannya kelak tersisih dan disisihkan.
1 comment:
1. Manusia secara fitrahnya memerlukan kepada orang lain. Alangkah angkuhnya manusia jika ia menafikan fitrah ini. Jika sudah terlebih hebat, pergilah ke laut menangkap ikan, membajak sawah menanam padi, menanam kapas utk membuat baju. Ya, kita boleh bayar dgn wang dimiliki tetapi cuba fikirkan hari ini pesawah boikot & hanya mahu tanam utk diri sendiri. Kita mungkin boleh import, bukankan beras import juga ditanam oleh MANUSIA. Ini menunjukkan manusia lemah dan berkehendakkan pertolongan manusia yg lain. Justeru, sikap saling hormat menghormati tanpa mengira darjat, pangkat, bangsa adalah kunci keharmonian. Ini dijelaskan seperti firman Allah dlm surah Al Baqarah:17; Hujurat, 13.
2. Silaturahim dari dua perkataan "sila" & "rahim". Ini bermaksud, sikap penyayang (rahim) perlu berlandaskan tatasusila yg dibenarkan. Ini akan menjamin hubungan yg mesra & harmonis.
W'aklam
Post a Comment