Selasa, 29 Muharam 1432H : - Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.”( HR Ahmad )
Keterangan :
i) Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan dengki terhadap kelebihan orang lain.
i) Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan dengki terhadap kelebihan orang lain.
ii) Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia akan melahirkan individu yang tidak bersyukur sehingga hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat daripada berlakunya pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri.
iii) Selaku umat Islam kita dituntut untuk sentiasa bersyukur kepada Allah kerana dengan bersyukur hati kita akan tenang dan redha di samping mempercayai bahawa rezeki itu terletak di tangan Tuhan. Kita wajib berusaha sedangkan yang menentukannya adalah Allah S.W.T. Bahkan Allah telah berjanji bahawa rezeki orang yang bersyukur akan ditambah sebaliknya pula bagi orang kufur (tidak bersyukur).
iv) Lawan kepada sikap tamak itu adalah bersikap sederhana iaitu menolak keterlaluan di mana kita dituntut agar bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat.
1 comment:
Jalan bagi melawan nafsu ialah akal dan hati yang kuat. Sebab itu, sifat syukur & taqwa pada Allah perlu ada dalam diri manusia.
2. Melawan nafsu adalah jihad yg sangat besar. Jihad ini bukan sahaja perlu dilakukan secara sendiri tapi secara jemaah. Jika sendiri fikir, sendiri bertindak, sendiri menilai dan menjadi hakim,sudah tentulah semua pelakuan yg dibuat adalah baik belaka. Keterbukaan menerima pendapat org lain & kritikan adalah cara untuk mengawal diri drp mengikut nafsu.
2.Untuk menjadi seorang yg bersyukur, lihatlah orang yg serba kekurangan jika dibanding dgn kita. Jika kita sentiasa melihat org yg lebih, sudah tentu tak mampu untuk memuaskan nafsu. Bersyukurlah dgn ada motosikal kerana ada orang hanya mampu berbasikal saje. Namun begitu, dalam mengejar ilmu & amal, lihatlah pula org yg tinggi ilmu dan kuat amalnya. Nescaya kita akan berlumba-lumba utk mencapai darjat tersebut.
W'aklam.
Post a Comment