Wednesday, February 9, 2011

Kerasulan Nabi Muhammad SAW

Rabu, 8 Rabiulawal 1432H :- Rasulullah s.a.w bersabda: " Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya! Tidak ada seseorang pun dari umat manusia ini sama ada Yahudi atau Nasrani yang mendengar akan perihalku ( menjadi utusan Allah ) kemudian ia mati sedang ia tidak beriman dengan ( agama Islam ) yang aku diutuskan membawanya melainkan menjadilah ia dari ahli neraka." ( HR Abu Hurairah r.a )

Rasulullah s.a.w bersabda: " Aku dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah diberikan perkara-perkara itu kepada seseorang pun dari Nabi-nabi yang terdahulu daripadaku….; dan biasanya seseorang Nabi itu diutuskan kepada kaumnya sahaja, sedang aku diutuskan kepada umat manusia seluruhnya." Dan pada satu riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah ( Baginda s.a.w bersabda ): "…..sedang aku diutuskan kepada sekalian makhluk."( HR Jabir bin Abdullah r.a)

Keterangan Hadis:

1. Semua manusia wajib beriman Kepada Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

2. Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi terakhir. Tiada lagi Nabi selepas kewafatan beliau.

3. Sesiapa yang tidak mengikut agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW maka ia akan menjadi kafir dan akan tergolong sebagai ahli neraka.

4. Nabi Muhammad SAW diberi keistemewaan oleh Allah SWT iaitu menjadi Nabi kepada semua umat manusia dan jin tidak seperti Nabi-nabi sebelumnya.

1 comment:

zainal said...

Rasullulah membawa bersamanya wahyu, pedoman, pelakuan yang menjadi panduan hidup kepada manusia yang lain.

2.Beliau juga pemimpin yang menerajui kaedah bermasyarakat dan bernegara.

3.Kehebatan Rasullallah ialah paduan antara (wahyu + kepemimpinan = PERUBAHAN)

4.Justeru, jika mahu mahu bawa perubahan sama ada dalam keluarga, kejiranan, organisasi, negeri mahupun negara, perlu ada gabungan antara panduan wahyu sebagai jalan penyuluh dan ciri kepemimpinan.

4. Alangkah baiknya, seorang ketua keluarga yang menjadikan Al Quran & Hadis sebagai pedoman hidup dan menunjukkan pula ciri/sifat pemimpin yang baik. Sudah tentu akan dapat membentuk keluarga yang diredhai Allah.

W'aklam.