Monday, February 28, 2011

Hadith Mutawatir

Isnin, 25 Rabiulawal 1432H : Mutawatir (b. Arab: متواتر, mutawātir) ialah kata serapan bahasa Arab yang bermaksud "diturunkan daripada seorang ke seorang". Istilah ini digunakan dalam pengajian Ulum al-Quran dan Mustalah Hadith. Hadis Mutawatir ialah nas hadis yang diketahui/diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai menyampai perkhabaran (Al-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut tidak bermuafakat berdusta tentangnya. Ini kerana mustahil terdapat sekumpulan periwayat dengan jumlah yang besar melakukan dusta.

Hadis Mutawatir, iaitu hadis yang memiliki banyak sanad dan mustahil perawinya berdusta atas Nabi Muhammad saw, sebab hadis itu diriwayatkan oleh banyak orang dan disampaikan kepada banyak orang. Contohnya, "Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka tempatnya dalam neraka. " (H.R Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim).

Menurut para ulama hadis, hadis tersebut di atas diriwayatkan oleh lebih dari seratus orang sahabat Nabi dengan seratus sanad yang berlainan. Oleh sebab itu jumlah hadis Mutawatir tidak banyak. Keseluruhan daripada ayat-ayat al-Quran adalah mutawatir, manakala terdapat sebahagian hadis sahaja yang mutawatir.

Hadis Mutawatir terbagi dua:

1. Mutawatir Lafzi, yakni perkataan Nabi,
2. Mutawatir Amali, yakni perbuatan Nabi.

Hadis yang tidak mencukupi syarat-syarat mutawatir dikenali sebagai Hadis Ahad.

Hadis Ahad (الحَدِيْث آحاد) ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh seorang atau dua orang perawi sahaja, khasnya di tingkatan pertama, yakni tingkatan para sahabat.

Ini berbeza dengan Hadis Mutawatir di mana ia adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi (melebihi 4) sehingga tidak mungkin mereka berbuat silap dalam meriwayatkannya

2 comments:

Anonymous said...

Disebalik ketelitian meriwayatkan hadis, wujud juga golongan yang meraguinya dan anti-hadis.

2. Tidak dinafikan wujudnya hadis palsu, hadis daif yang menyimpang namun metod mutawatir yang diamalkan dapat mengelak/menapis hadis yang palsu ini.

3.Banyak kitab hadis yg muktabar - Muslim, Bukhari yg boleh dijadikan rujukan sebagai panduan hidup.

Wallahuaklam

zainal said...

Disebalik ketelitian meriwayatkan hadis, wujud juga golongan yang meraguinya dan anti-hadis.

2. Tidak dinafikan wujudnya hadis palsu, hadis daif yang menyimpang namun metod mutawatir yang diamalkan dapat mengelak/menapis hadis yang palsu ini.

3.Banyak kitab hadis yg muktabar - Muslim, Bukhari yg boleh dijadikan rujukan sebagai panduan hidup.

Wallahuaklam