Tuesday, February 8, 2011

Beradab Ketika Minum

Selasa, 5 Rabiulawal 1432H ;-Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jangan kamu minum sekaligus seperti binatang ternakan minum, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali, membaca bismillah bila mula minum dan membaca alhamdulillah sesudah selesai.” (HR At-Tirmidzi)

Keterangan Hadis:

1. Islam mementingkan adab dan sopan dalam segala perkara termasuklah makan dan minum.

2. Ketika makan kita ditegah daripada gelojoh begitu juga ketika minum hendaklah minum dengan perlahan dan jangan bernafas dalam bekas minuman serta dilarang juga minum sambil berdiri. Semua ini kerana mengambilkira faktor kesihatan dan kebersihan disamping dapat mencerminkan tatatertib yang sopan bagi seorang Islam.

3. Mengecap rezeki yang dimakan atau diminum sebaik-baiknya ialah dengan membaca bismillah sebagai memuji Allah S.W.T yang mengurniakan rezeki dan mengucapkan alhamdulillah sebagai mensyukuri nikmat yang telah diberikan itu

1 comment:

zainal said...

Air sangat penting dalam kehidupan baik sama ada manusia, tumbuhan dan haiwan.

2. Air adalah unsur yang memberi hayat kepada makhluk. Ini jelaskan melalui firman Allah dalam Surah Annnur: 45, Al-Baqarah:22, Al-Anbiya: 30.

3. Dalam surah Anbiya misalnya, Allah menegaskan tiap-tiap yang hidup dijadikan Allah daripada air.

4.justeru, amalan minum air semulajadi adalah jalan mencapai kesihatan jiwa dan fizikal yang baik.

W'aklam.