Friday, June 24, 2011

Golongan Yang Tidak Dipedulikan Allah Di Akhirat

Jumaat, 22 Rejab 1432H : Daripada Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu Abi ‘Ashim, Ahmad dan Ibnu Asakir meriwayatkan daripada Fudhalah bin ‘Ubaid r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga orang yang tidak ditanya mengenai mereka : Seorang lelaki yang meninggalkan jemaah, menderhakai imamnya dan mati sebagai penderhaka. Seorang hamba lelaki atau wanita yang lari lalu mati. Seorang wanita yang ketiadaan suaminya di rumah padahal suaminya telah mencukupkan kepadanya belanja dunia lalu ia berhias selepas ketiadaan suaminya di rumah. Maka mereka tidak ditanya. Dan tiga orang yang tidak ditanya mengenai mereka iaitu: Seorang lelaki yang merebut pakaian Allah kerana pakaian Allah ialah kesombongan dan kainnya ialah kemuliaan. Dan seorang lelaki yang ragu mengenai urusan Allah dan putus asa dari rahmat Allah.” (HR al-Bukhari, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu Abi ‘Ashim dan Ibnu Asakir)

Keterangan Hadis:

1. Allah SWT amat benci kepada orang yang melakukan perkara-perkara dosa dan maksiat. Antara ancaman dan kutukan itu ialah Allah melaknat perbuatan tersebut, menjanjikan pelakunya dengan azab seksa yang pedih, memasukkannya ke dalam neraka, Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada Hari Kiamat, tidak membersihkan dosa-dosa mereka dan tidak memandang mereka.

2. Perkara-perkara maksiat yang dikutuk dan diancam itu menunjukkan bahawa Allah SWT sangat murka kepada mereka yang melakukannya. Apa yang dimaksudkan dengan “Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada Hari Kiamat” ialah Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka sebagaimana kata-kata orang-orang yang baik dan tidak menyatakan keredaan-Nya, malah Allah akan berkata-kata kepada mereka sebagaimana kata-kata orang-orang yang murka.

3. Menurut jumhur ahli tafsir, ia bermaksud bahawa Allah tidak akan berkata-kata dengan perkataan yang memberi manfaat dan menggembirakan mereka. Ada juga yang berpendapat bahawa Allah tidak akan mengutus malaikat kepada mereka untuk memberi penghormatan kepada mereka.

4. Sementara maksud “Allah tidak akan memandang mereka” ialah Allah Ta‘ala akan memalingkan pandangan-Nya dari mereka. Manakala maksud pandangan Allah kepada hamba-hamba-Nya ialah rahmat dan taufik serta perlindungan-Nya terhadap mereka.

5. Satu-satunya nanungan yang adan dan sangat diharapkan diakhirat ialah naungan Allah. Jika tiada naungan daripada Allah maka celakalah mereka dan neraka akan menjadi tempat tinggal mereka selama-lamanya.

1 comment:

zainal said...

Siapa pula golongan yg dapat kemuliaan Allah?

2. Golongan itu ialah kumpulan Ibadur Rahman (orang yg pemurah & dpt kemuliaan Allah) spt dlm ayat 63-77, surah Al Furqan. Cirinya ialah:

1. Berjalan di muka bumi dgn rendah hati
2. Apabila org jahil sapa, dijawab dgn kata-kata yg baik
3. Bersujud dan berdiri di malam hari
4. Berdoa jauh dari azab neraka
5. Belanja harta dengan tidak melebih dan tidak kedekut
6. Tidak syirik Allah
7. Tidak membunuh jiwa sendiri & orang lain kecuali dgn alasan yg benar
8. Tidak berzina
9. Selalu bertaubat, beriman & amal soleh
10. Tidak menjadi saksi palsu
11. Bila bertemu dgn org yg buat tidak berfaedah, ia jaga kehormatan diri
12. Terima dgn terbuka peringatan ayat-ayat Allah
13. Sentiasa berdoa & mohon dpt isteri & anak yang menyenangkan
14. Sentiasa sabar dlm kebaikan

Balasan semua amalan yang mulia ini ialah Syurga!, Perhatikan apakah nikmat syurga dlm surah Ad Dukhan, ayat 51-56.

1.Taman -taman & mata air
2. Pakaian sutera yg halus & tebal, duduk berhadap-hadapan
3. Bidadari
4. Bermacam buah-buahan
5. Terus rasa nikmat itu & tak mati-mati

Sebaliknya jika ingkar dan menjadi lawan kepada sifat Ibadur Rahman, siksaan neraka menanti spt dijelaskan dlm surah Ad Dukhan, ayat 43-50.

1. Makan dari pokok zaqqum
2. Kotoron minyak yg mendidih dalam perut
3. Diheret ke tengah neraka
4. Dituang di kepalanya air yg amat panas
5. Diejak dan dihina

Pilihan ditangan kita: Golongan yang tidak dipedulikan Allah ATAU golongan yang dimuliakan.

Wallahuaklam