Monday, August 22, 2011

Lailatul Qadar Turun Pada Malam Ganjil

Isnin, 22 Ramadhan 1432H:Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: “Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.” (HR Muslim)

Pengajaran Hadis

1. Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turun padanya Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat yang lain ke bumi dengan perintah Allah.

2. Setiap ibadat yang dilakukan bertepatan pada malam lailatul qadar dengan penuh ikhlas, insyaAllah amalannya akan diterima oleh Allah dan diampunkan semua dosanya yang telah lalu.

1 comment:

zainal said...

Sesungguhnya solat ku, hidup dan matiku kerana Allah Taala. Jika Allah ingin memberi ganjaran ia dalah hak mutlaknya.

2. Sebagai hamba kita hanya boleh berharap, berserah, berusaha.

3.Allah maha adil dlm memberi kurniaNYA. Bersangka baiklah dgn Allah di setiap masa.

Wallahuaklam.